‘Pelanggan terakhir’ lelaki sempat merasa indomie viral Tasik Titiwangsa sebelum DBKL datang angkut

Photo of author

By Syima Iza

Sejak bulan April lalu, seorang peniaga Indomie telah menjadi tular di Taman Tasik Titiwangsa, dan gerai tepi jalan tersebut menjadi popular dalam kalangan pengunjung, terutamanya pada waktu malam.

Namun, dalam satu perkongsian oleh pengguna TikTok Aizat Azmie, beliau berkongsi video bagaimana kedai tersebut telah disita oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) malam semalam.

“Alhamdulillah, sempat merasa Indomie viral Tasik Titiwangsa,” tulis Aizat ringkas. Aizat berkemungkinan pelanggan terakhir yang mendapat pesanannya berdasarkan keadaan hidangannya yang masih belum dimakan.

'Pelanggan terakhir' lelaki sempat merasa indomie viral Tasik Titiwangsa sebelum DBKL datang angkut

Menurut pengunjung setia Taman Tasik Titiwangsa, sejak munculnya peniaga tepi jalan tanpa lesen ini, laluan menjadi sesak dan kadangkala mengganggu pengunjung yang mahu beriadah. Disebabkan ada laporan, DBKL mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen di mana majoriti bersetuju dengan tindakan penguatkuasa.

“Biasanya, mula-mula buka bonet, lepas tu siap pasang khemah susun meja kerusi.”

@aizat.azmie Orang terakhir beli sebelum ini terjadi. #indomieviral #indomietitiwangsa ♬ Alhamdulillah II – Malay Version – Too Phat

“Janganlah komen bukan-bukan, mereka cuma jalankan tugas dan arahan. Kutip salah, tak kutip cakap tak buat kerja pula.

Pening,” tulis seorang pengguna TikTok yang lain.

Seorang pengguna lain pula berkata pemilik gerai Indomie tersebut merupakan warga Indonesia dan turut memiliki kedai makanan yang lain di Kampung Sri Gombak Indah.

Baca Juga:
Kecoh suara perempuan nyanyi lagu Jawa setiap malam jumaat dalam pejabat ketua kampung
Pasukan penyelam PDRM ke lokasi kejadian cari telefon pintar milik Nur Farah
Budak jumpa telur dinosour di taman permainan, pakar sahkan telur berusia 66 juta tahun