Pelanggan tegur nasi lembik dan ayam goreng masam, peniaga balas jawapan ‘kurang ajar’ jadi kecaman

Pelanggan tegur nasi lembik dan ayam goreng masam, peniaga balas jawapan ‘kurang ajar’ jadi kecaman

Seorang peniaga makanan dari rumah di sebuah kawasan di Bukit Jelutong memberi maklum balas seperti ‘kurang ajar’ pada teguran seorang pelanggan berkaitan kualiti makanan yang disediakannya.

Menerusi tangkap layar dimuat naik seorang wanita pada Facebook Bukit Jelutong Community, pelanggan tersebut menegur kualiti makanan peniaga itu dengan niat supaya ia diperbaiki.

Makanan yang dibeli itu membabitkan set nasi hujan panas dengan lauk daging masak hitam serta set nasi hujan panas berlaukkan ayam berempah.

Pelanggan tegur nasi lembik dan ayam goreng masam, peniaga balas jawapan 'kurang ajar' jadi kecaman

Gambar hiasan

“Kurang ajarnya jawapan. Pembeli komen untuk perbaiki, sejenis tak boleh terima teguran. Macam kita ni baru lahir tak pernah makan benda sama yang dia masak tu.

“Dah kalau nasi lembik benyek, bukan lembut ya. Saya tahu beza nasi lembut dan nasi lembik macam mana. Tu nak puji juga ke? Perbaikilah, ambil perhatian supaya lepas ni kualiti terjaga.

“Kalau bisnes nak maju dan bertahan, ambil kira komen negatif juga, jangan nak ‘syok’ sendiri je makan pujian,” katanya pada hantaran tersebut.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, wanita itu membuat aduan rempah ayam goreng berasa masam, saiz lauk yang sedikit, nasi lembik dan tawar selain tidak berbaloi perlu menunggu lama memandangkan dia membelinya menerusi aplikasi p-hailing.

Perkongsian itu turut diakui oleh pelanggan yang lain apabila menerima nasib sama selepas mengadukan kualiti makanan itu kepada peniaga tersebut.

“Saya pernah kena juga membalas mesej macam ni. Sangat nak pertahankan diri,” kata seorang pengguna Facebook.

“Saya pernah order dan pernah komen juga. Agak terkejut jawapan dia. Saiz bubur memang kecil, saya beli sebab tak sihat. Pertama dan terakhir lah tu,” kata pengguna lain.

Baca Juga:
Pemuda kongsi pengalaman ‘berumah’ di dalam kereta Proton Iriz miliknya
Latihan skuad Harimau Malaya dikawal ketat oleh polis
Lelaki warga asing cabul budak perempuan 2 tahun di medan selera
CATEGORIES