
Pelanggan rakam tikus berkeliaran di kaunter bayaran, restoran makanan segera diarah tutup
Pelanggan rakam tikus berkeliaran di kaunter bayaran, restoran makanan segera diarah tutup. Sejak semalam (8 Februari), tular satu ciapan di Twitter dikongsikan oleh seorang individu yang mendakwa sebuah restoran makanan segera di Kota Kemuning, Shah Alam diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan turut menunjukkan Notis Perintah Tutup yang keluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).
Pada notis tersebut, penutupan premis berkenaan berkuat kuasa pada 8 hingga 21 Februari.
Dakwanya penutupan restoran popular itu adalah atas faktor kebersihan yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang ramai.
Pelanggan rakam seekor tikus berkeliaran di kaunter bayaran
Dalam satu lagi ciapan yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan, dia turut berkongsi gambar seekor tikus dipercayai berada di kaunter bayaran pandu lalu di restoran tersebut.
“Kepada yang tanya sebab apa tutup, ini jawapannya. Ada orang rakam ada tikus dekat kaunter dia,” kata individu itu.
Rare mat. McD Kota Kemuning diarah tutup oleh KKM. First time dalam hidup tengok restoran fast food diarah tutup macam ni. pic.twitter.com/XH1YjGQ4Kn
— Afiq Shari 🇲🇾 (@AfiqShari) February 8, 2023
Wanita soal kebersihan yang diamalkan restoran makanan segera
Carian kami di Facebook kemudian menemui satu hantaran video yang dikongsikan seorang pengguna, Amy Chew menunjukkan seekor tikus berkeliaran di atas kaunter bayaran restoran tersebut.
Dia di dalam hantaran tersebut turut mempersoalkan tahap kebersihan restoran makanan segera tersebut.
“Mengapa ada tikus yang mengambil pesanan kami? Adakah ini tahap kebersihan yang anda amalkan?
Melihat di ruangan balas, berita penutupan restoran berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada yang meluahkan rasa kurang senang terhadap servis yang diberikan kepada pelanggan.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman yang sama tetapi di kawasan yang lain.
Setakat ini belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan KKM berhubung notis berkenaan.
“Servis teruk. Makanan lambat sampai..”
Susulan tular di media sosial video/gambar penampakan seekor tikus berada di kaunter pandu lalu McDonald’s di Kota Kemuning.
Pejabat Kesihatan Daerah Klang membuat pemeriksaan dan mengarahkan restoran berkenaan ditutup selama 14 hari bermula 8 hingga 21 Februari pic.twitter.com/donfQmtgA1
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) February 9, 2023