Pelanggan medan selera menjerit geli geleman! tikus jatuh atas dulang makanan

Photo of author

By Syima Iza

Pelanggan medan selera menjerit geli geleman! tikus jatuh atas dulang makanan.

Sebagai pelanggan yang bijak, antara faktor yang wajar anda titikberatkan untuk makan di suatu premis sudah tentunya kebersihan. Biarpun suatu restoran itu mampu menghidangkan makanan yang lazat, jika premis berada di dalam keadaan kotor pasti “potong” selera anda.

Viral satu video di platform X, satu insiden yang amat mengejutkan berlaku di satu medan selera di Orchard Road, Singapura.

Pelanggan medan selera menjerit geli geleman! tikus jatuh atas dulang makanan

Berdasarkan video, tikus itu kelihatan terbaring di atas dulang makanan di Tangs Market. Sepertinya pelanggan yang memesan menu tersebut telah meninggalkan mejanya akibat terkejut dengan menu istimewa etrsebut.

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata pada Isnin (27 Nov) sedang menyiasat video dan kejadian tersebut.

“Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama. Walaupun SFA melaksanakan dan menguatkuasakan langkah pengawalseliaan, pengendali makanan mesti memainkan peranan mereka dengan mematuhi amalan kebersihan dan penyediaan makanan yang baik,” kata agensi itu.
“SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha makanan yang ingkar.”

Baca Lagi:
Yasin bebas tuduhan dadah tapi diarahkan ke Hospital Bahagia
Ini 5 jenama produk buatan Malaysia yang kita patut support!
Suami setan! Jual isteri hamil 2 bulan ‘tawar khidmat seks’ di media sosial, siap letak harga