Pelanggan makan sedap sampai kenyang bayar duit koyak, ini pula kata peniaga

Photo of author

By Syima Iza

Pelanggan makan sedap sampai kenyang bayar duit koyak, ini pula kata peniaga.

Seorang peniaga kedai makan meluahkan rasa kecewa apabila ada pelanggan yang sanggup membayar menggunakan wang kertas koyak.

Menerusi perkongsian peniaga tersebut yang menggunakan akaun Facebook Sky Tiger, dia memaklumkan bahawa terdapat papan pemberitahuan di kaunter kedai yang mengingatkan para pelanggan untuk tidak membayar menggunakan wang koyak atau lusuh.

Pelanggan makan sedap sampai kenyang bayar duit koyak, ini pula kata peniaga

“Saya masak ikhlas, kau makan sedap, kenyang tapi last sekali bayar pakai duit koyak. Saya kasi ikhlas makanan masuk perut.
“Sekiranya tidak disengajakan, alhamdulillah rezeki kau berganda. Tapi kalau disengajakan bagi, harap-harap rezeki berganda untuk perniagaan saya,” katanya.

Kata peniaga tersebut, ketika kejadian kedai penuh dengan pelanggan dan ramai yang berbaris untuk membuat pembayaran, sehingga pekerjanya tidak perasan apabila diberikan wang koyak.

Sementara itu, di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai sehingga hantaran lelaki tersebut meraih lebih 5,000 perkongsian.

“Tak apa, ikhlaskan sahaja. Nanti tukar di bank, semoga semakin mencurah rezeki,” kata Akak Long.

“Kena semak betul-betul duit sebelum terima, memang ada pelanggan yang sengaja bayar guna duit koyak. Menyusahkan. Patutnya dia kena jujur dalam membayar, lagi-lagi makanan, jadi darah daging,” kata Jayden.

Baca Lagi:
Prince Syed, isteri kongsi tema baju raya tahun depan inspirasi dari pokok raih perhatian ramai
Proton Wira jadi ‘King’ baharu, selamba redah banjir di Kelantan buat netizen kagum
Minah Saleh terkejut dengar jawapan ChatGPT tentang siapa 3 individu paling berpengaruh di dunia