
Pasangan pengantin terima kalungan duit sebagai hadiah, sampai tak nampak leher
Pasangan pengantin terima kalungan duit sebagai hadiah, sampai tak nampak leher.
Kalau di Malaysia, mesti korang pernah berpengalaman mengunjungi perkahwinan yang mengenakan ‘tol’ kepada keluarga pengantin yang merupakan adat di negeri Johor, ada juga yang mencampakkan duit syiling kepada kanak-kanak dan pelbagai lagi.
Terbaharu, sepasang pengantin di Madura, Jawa Timur tular gara-gara menerima kalungan wang kertas sehingga memenuhi kawasan leher pengantin.
Video yang dimuatnaik oleh jurusolek pengantin berkenaan di TikTok sehingga kini menerima 1.5 juta tontonan dengan lebih 65 ribu tanda sukaan dan menerima lebih 2 ribu komen dari pada pengguna aplikasi berkenaan.
Manakan tidak, pasangan pengantin tersebut telah dikalungkan duit bernilai Rp50 (RM15) dan Rp100 (RM30) dan difahamkan ianya merupakan tradisi di kawasan tersebut sebagai satu bentuk hadiah kepada pengantin.
Menurut komen, rutin mengalungkan wang kertas pada pengantin merupakan hal biasa yang dilakukan oleh penduduk di sana dan ianya bukanlah sesuatu yang aneh.
Pun begitu, jumlah kalungan yang biasanya diberikan oleh saudara-mara dan rakan taulan pengantin tersebut tidak dapat dipastikan, menurut pemuat naik video yang juga merupakan jurusolek dan juruhias pelamin pengantin tersebut.
@aimatuzz_wedding Madura nihh boosss #sultanmadura #maduraviral #bangkalanhitz #muamadurahits ♬ suara asli – azam [FK]
Menurutnya lagi, acara tersebut berlangsung sekitar awal November lalu di desa Buluk Agung, Kecamatan Klampis, Bangkalan, Madura.
Jelasnya lagi, biasanya kalungan wang itu juga akan dibalas dalam bentuk yang sama sekiranya ada antara rakan-rakan atau saudara mara yang memberi kalungan itu.