Pelanggan ‘complaint’ nasi lemak dibungkus tak senonoh harga RM15, peniaga tampil beri penjelasan

Photo of author

By Syima Iza

Pelanggan ‘complaint’ nasi lemak dibungkus tak senonoh harga RM15, peniaga tampil beri penjelasan.

Di TikTok, seorang peniaga nasi lemak tampil mempertahankan diri selepas menerima aduan daripada pelanggan.

Difahamkan, aduan tersebut ditulis oleh pelanggan di Facebook Penduduk Gombak/Selangor yang menyatakan nasi lemak yang dibelinya dibungkus secara tidak senonoh.

Pelanggan 'complaint' nasi lemak dibungkus tak senonoh harga RM15, peniaga tampil beri penjelasan

“Nasi lemak paling tak senonoh, RM15 tapi..”

Pelanggan tidak berpuas hati dengan harga nasi lemak mencecah RM15 tetapi dibungkus hanya menggunakan plastik.

Peniaga menjelaskan bahawa pembeli tersebut merupakan seorang wanita yang menaiki kereta mahal berwarna putih. Pembeli tersebut rupa-rupanya membeli dua bungkus nasi lemak, iaitu nasi lemak daging goreng dan nasi lemak ayam goreng.

Penjelasan peniaga.

@ayamgoreng2budakgemok kena viral kondem complained di muka buku disebabkan harganya rm15 dua bungkus nasi berlaukkan ayam masak merah🔴 dan Daging goreng belengas. ini video penjelasan saya. ☺✌#foryou #makan #fyp #fyppp #tiktok #1 #kl #nasilemak #diamondsquare #fypシ #fypage #ayamgoreng2budakgemok #nasilemak #makanlokal #makananviral ♬ original sound – AyamGoreng2BudakGemok

Kata peniaga, pembeli juga meminta daging lebih, membuatkan caj sebenar adalah RM16.50. Namun, penjual memberi diskaun RM1.50, menjadikan makanan dijual dengan harga RM15.

“Nasi lauk daging RM8. Lepas tu saya yakin, saya dengar dan isteri saya pun dengar, dia tak sebut nasi lebih, tapi dia sebut daging lebih. Jadi, daging lebih saya ambil RM2. Nasi yang kedua ialah nasi lauk ayam, nasi saya RM3, ayam RM3.50.”

Mengenai bungkusan pula, peniaga mengaku mahu menjimatkan kos memandangkan dia hanya peniaga tepi jalan. Malah, bungkusan jenis itu digunakan oleh ramai peniaga yang lain.

“Kalau nak ‘refund’ duit pembeli…”

Peniaga ini memohon pembeli berkenaan menghubunginya untuk ‘refund’ semula RM15 harga makanan yang dibeli.

Kata lelaki ini, dia menghalalkan nasi lemak berkenaan dan mahu memberi gantirugi kerana tidak mahu sangkut di akhirat kelak.

Baca Lagi:
Minah Salleh ini pernah puji rakyat Malaysia sebab selalu nampak gembira, lepas masuk Muzium Kesenian lain pula yang jadi
Ini syarat yang patut tahu bagi yang ‘first time’ naik kapal terbang
Selama 40 tahun, banglo unik ini terletak di tengah ’roundabout’