Pelanggan berlumuran darah ditikam di butik tersohor

Pelanggan berlumuran darah ditikam di butik tersohor

Pelanggan berlumuran darah ditikam di butik tersohor. Pelanggan sebuah gedung barangan mewah di London, Harrods terkejut melihat ‘kolam darah’ selepas seorang lelaki ditikam di salah sebuah kedai di premis itu, lapor akhbar The Sun.

Seorang lelaki berusia 29 tahun ditikam di kedai Louis Vuitton selepas mangsa menjadi sasaran penyamun untuk melarikan jam tangan mewah yang dipakainya.

Dia dikejarkan ke hospital dalam kejadian malam kelmarin. Beberapa anggota polis bergegas ke lokasi kejadian, namun suspek yang bersenjatakan pisau berjaya melarikan diri.

Pelanggan berlumuran darah ditikam di butik tersohor

Gambar hiasan

Insiden itu disaksikan oleh seorang lelaki bersama anak perempuannya ketika mereka berada di dalam kedai tersbeut.

Ronnie Chopra, 49, berkata: “Saya dan anak perempuan saya berada di kedai Louis Vuitton di tingkat dua ketika kejadian berlaku.

“Kami berada di bilik bersebelahan menunggu untuk melihat dompet lelaki kerana anak perempuan saya ingin membelikan saya hadiah hari jadi.

“Kami tidak melihat kejadian sebenar, tetapi terdengar pelanggan lain berkata suspek memegang pisau dan menetak lengan seseorang ketika cuba mendapatkan jam tangannya.

“Ketika ingin meninggalkan kedai itu, terdapat kolam darah di lantai dan anak perempuan saya berusia 13 tahun, Anoushka terpaksa melaluinya” katanya.

Mangsa dilaporkan masih dirawat di hospital akibat kecederaan yang dipercayai tidak mengancam nyawa.

Baca Lagi:
Barang kemas bentuk syiling lama dan lipan jadi ‘kegilaan’ wanita Kelantan
Lelaki ditangkap 3 kali kerana nama sama dengan Bos kartel dadah
Hot FM lamar KJ jadi penyampai radio bersama Fara Fauzana, Johan
CATEGORIES