Pelancong Russia kenakan caj RM5 untuk lelaki bergambar dengannya di tepi pantai.
Seorang pelancong dari Rusia mencuri perhatian ramai apabila mengenakan bayaran sebanyak 100 rupee (RM5) kepada lelaki yang mahu bergambar dengannya semasa bercuti di India, lapor portal berita Hindustan Times semalam.
Rakaman yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @@angelinali777 menunjukkan wanita itu memegang sekeping kertas bertulis “1 swafoto 100 rupee” di tepi pantai.
Tindakan tersebut mendapat sambutan hangat apabila ramai lelaki datang kepadanya dan membayar untuk bergambar bersama.
Wanita itu menjelaskan bahawa dia melakukan perkara itu kerana berasa rimas apabila kerap kali diminta bergambar.
Rakaman tersebut telah mencatatkan lebih daripada 3.2 juta tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.
“Inilah baru bisnes yang betul!” kata seorang netizen.
“‘Pakcik-pakcik’ di India memang memalukan dan gatal,” tambah seorang lagi.