Pelancong londeh seluar di puncak Gunung Agung cetus kemarahan penduduk

Pelancong londeh seluar di puncak Gunung Agung cetus kemarahan penduduk

Pelancong londeh seluar di puncak Gunung Agung cetus kemarahan penduduk. Tindakan seorang pelancong asing melondehkan seluarnya ketika berada di puncak Gunung Agung, Pulau Bali mencetuskan kemarahan penduduk tempatan kerana dianggap mencemarkan ‘kesucian’ lokasi berkenaan, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, pelancong yang dipercayai berasal dari Russia itu bergambar dari arah belakang dengan keadaan seluarnya dilucutkan ke bawah.

Ekoran itu, Jabatan Imigresen Bali kini sedang memburu lelaki berkenaan meskipun gambar berkenaan dikatakan dirakam pada Januari lepas.

Pelancong londeh seluar di puncak Gunung Agung cetus kemarahan penduduk

“Hasil siasatan Jabatan Imigresen Bali, gambar di Gunung Agung itu dirakam sekitar bulan Januari 2023 iaitu dua bulan lepas.

“Ketika itu, gunung tersebut ditutup kepada orang awam,” kata Ketua Pejabat Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Bali, Anggiat Napitupulu.

Menurutnya, pelancong tersebut dipercayai masih berada di pulau peranginan itu bahkan dia mungkin melanjutkan tempoh visa perjalanannya.

“Jika benar kejadian itu berlaku dua bulan lalu, sekiranya dia memakai visa pelancong, dia sepatutnya sudah tidak berada di sini.

“Ini kerana, jika ia adalah visa pelancong, tempoh paling lama adalah selama dua bulan. Namun, dia berkemungkinan masih berada di Pulau Bali sekiranya melanjutkan tempoh visa,” kata Anggiat.

Tambah Anggiat, pelancong tersebut akan ditahan dan dihantar pulang ke negara asalnya jika dia masih berada di Pulau Bali kerana kelakuannya jelas melanggar peraturan setempat.

“Dia jelas melanggar norma penduduk setempat kerana Gunung Agung adalah salah sebuah lokasi yang dianggap suci bagi masyarakat Bali,” katanya.

Baca Lagi:
Cemburu bawa padah, suami sebar gambar bogel isteri di Facebook dan WhatsApp
Boleh guna kad debit, kredit bayar tol di empat lebuh raya
Petisyen Parlimen Marang: Hadi hadir ke mahkamah sebagai saksi
CATEGORIES