Malah menurut pelancong berkenaan, ketiadaan kad TNG menyebabkan mereka buntu bagaimana mahu pulang ke tempat penginapan mereka.
Apabila kita melancong ke luar negara, sesetengah orang akan memilih untuk menggunakan pengangkutan awam berbanding menyewa kereta bagi menjimatkan kos.
Di Malaysia, pelbagai pilihan pengangkutan awam disediakan bagi memudahkan pergerakan orang ramai seperti bas RapidKL dan, LRT, MRT, BRT dan sebagainya.
Bagi menggunakan pengangkutan awam berkenaan, para penumpang memerlukan kad Touch ‘N Go yang perlu ditambah nilai sementara menunggu kemudahan pembayaran terbuka debit, kredit dan e-dompet bermula tahun hadapan di perkhidmatan terpilih.
Pelancong Jerman ‘Ditendang’ Dari Bas Kerana Tidak Miliki Kad Touch ‘N Go
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@big_laddo), satu situasi telah berlaku di mana sekumpulan pelancong dari Jerman terpaksa keluar dari bas RapidKL gara-gara tidak memiliki kad Touch’ ‘N Go (TNG)
Dalam video berkenaan, tiga orang pelancong itu dipercayai tidak dibenarkan memasuki bas tersebut dan terpaksa diturunkan di hentian bas tepi jalan yang tidak berbumbung.
Difahamkan, mereka telah menunggu di hentian bas di sekitar kawasan Gombak, Selangor dan mahu menuju ke ibu kota Kuala Lumpur.
Situasi yang berlaku telah menyebabkan tiga orang pelancong ini meluahkan rasa kecewa selepas memikirkan waktu mereka yang sudah terbuang ketika menunggu bas.
Tambah pelancong itu lagi, perjalanan mereka akan menjadi lebih mudah sekiranya mengetahui keperluan untuk membuat kad TNG.
Malah keadaan ini menyebabkan mereka buntu bagaimana mahu pulang ke tempat penginapan mereka.
“Kami dah lama tunggu bas. Kami kecewa sangat sebab tak boleh naik bas. Tak ada maklumat pun tentang cara kami untuk bayar tiket bas. Bila dah masuk bas, baru cara bayar macam itu rupanya. Sekarang kami tak tahu macam mana nak balik rumah.”
@big_laddo Public transport in Malaysia is NOT tourist friendly! #anwaribrahim #malaysiatourism #amirudinshari #perdanamenterianwaribrahim #pmx #perdanamenterike10 #menteribesarselangor #menteripengangkutanmalaysia #menteripelancongan #ybantonyloke #ybtiongkingsing #batucavestourism #rapidkl #rapidklmalaysia @myrapidkl @anthonyloke @anwaribrahimofficial ♬ original sound – BIG LADDO
Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Situasi Yang Berlaku
Situasi melibatkan sekumpulan pelancong itu telah meraih pelbagai reaksi netizen dan ada yang menganggap keadaan yang berlaku itu boleh dielakkan sekiranya mereka membuat kajian terlebih dahulu.
Menurut netizen, ia adalah satu perkara yang perlu dilakukan oleh mana-mana pelancong sebelum berkunjung ke sesebuah negara yang tidak pernah dilawati.
“Mereka boleh cari di laman web tentang cara untuk menggunakan servis komuter di Malaysia. Semuanya dah ada dalam laman web, tinggal cari atau bertanya pada orang sekeliling je,” kata netizen.
Pada masa sama, ada juga netizen yang memberi cadangan agar mereka membeli kad Touch ‘N Go berkenaan di kedai serbaneka seperti 7 Eleven atau KK Mart. Namun, pemilik video menjelaskan ia hanya dijual di stesen minyak sahaja.
Oleh kerana semakin sukar untuk mendapatkan kad tersebut, segelintir masyarakat mempersoalkan perkara itu dan mengkritik bahawa masalah yang berlaku perlu diperbaiki bagi menaikkan ekonomi negara.
Selain itu, ada juga netizen yang memberi cadangan agar kerajaan Malaysia menggunakan sistem yang sama seperti di Singapura iaitu memberikan pilihan kad kredit atau debit dari kad Visa dan Master.
“Kenapa tak mesra Visa atau Master? Saya pergi Singapura minggu lepas dan saya cuma guna kad kredit je untuk penggangkutan awam. Senang!” kata netizen.