Pelancong Israel stim ganja dicekup mencuri di kedai serbaneka

Pelancong Israel stim ganja dicekup mencuri di kedai serbaneka

Pelancong Israel stim ganja dicekup mencuri di kedai serbaneka.

Seorang pelancong Israel dicekup polis Thailand kerana menyebabkan gangguan awam dan mencuri dari kedai serbaneka tempatan di Pattaya malam tadi, lapor portal berita Thaiger.

Lelaki yang identitinya masih dirahsiakan itu mengaku mengambil ganja terlebih dahulu. Dia dipercayai berkelakuan tidak senonoh kerana tertekan disebabkan konflik berterusan antara Israel dan Hamas ketika ini.

Pelancong Israel stim ganja dicekup mencuri di kedai serbaneka

Polis dipanggil ke tempat kejadian berikutan aduan bahawa seorang pelancong asing telah mencetuskan gangguan awam di Walking Street.

Setibanya di tempat kejadian, anggota-anggota polis mendapati pelancong asing itu menunjukkan tingkah laku yang mengganggu ketenteraman awam.

Pelancong itu dilaporkan memanjat bumbung sebuah hotel, di mana dia terus mematikan suis lif menyebabkan ketidakselesaan tetamu hotel sebelum menimbulkan gangguan awam di Walking Street.

Dia turut memasuki sebuah kedai serbaneka dan mengambil makanan serta minuman tanpa membuat bayaran sehingga pengurusnya menghubungi pihak polis.

Pelancong Israel itu akan menghadapi beberapa tuduhan termasuk mengganggu ketenteraman awam, kata polis Pattaya.

Baca Lagi:
Hanya dijual tepi jalan, ini kisah anak petani jadi pengasas jenama Ramly Burger yang kini jadi no 1 dalam Malaysia
Ibu bapa berang buat laporan polis setelah pelajar dihukum guru kerana tak nak solat berjemaah
Fuhh padu!! Tam Spider goreng gitar dengan anak sambil nyanyi lagu “Still Got The Blues” raih perhatian ramai
CATEGORIES