Perasan tak, kalau singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang berada di lebuh raya, reka bentuk dalamannya agak berbeza mengikut tempat?
Bahkan, tempatnya juga bersih kerana dijaga dengan baik oleh mereka yang bertanggungjawab susulan R&R adalah tempat umum untuk pengunjung berehat dan merawat diri.
Boleh dikatakan, R&R adalah tempat yang sering dikunjungi orang ramai yang datang daripada semua negara dan disebabkan itu, kawasan tersebut selalu dipelihara dengan baik.
Oleh kerana kebersihannya mencapai piawaian yang baik, seorang lelaki berasal dari Indonesia baru-baru ini membuat video berkenaan dengan tandas R&R itu hingga menjadi tular di media sosial.
Tandas Bersih, Semua Kelengkapan Cukup
Menerusi video yang dimuat naik, pemilik akaun @nodiewakgenk memuji kebersihan tandas tersebut sambil menunjukkan persekitarannya.
Katanya, tandas yang ada di R&R sangat bersih dan kelengkapan seperti tisu dan sabun basuh tangan juga turut disediakan.
Pelancong Indonesia puji kebersihan tandas Malaysia. Bila kita iklankan tandas BMW bersih, menawan dan wangi ramai ketawakan.
Hakikatnya terima kasih YBM @NgaKorMing kerana melakukan perubahan pada mentaliti rakyat Malaysia sehingga di puji orang luar.
MANTAP!!… pic.twitter.com/CLoTLkgMf6
— CIKY🅰️NIE (@lady_bugg11) May 23, 2024
“Kalau kalian (lalu) di lebuh raya Malaysia, ini tempat rehatnya. Tandas yang ada di stesen minyak, ada minuman juga dari mesin layan diri.
“Kalau haus boleh beli di sini (mesin layan diri). Senang sahaja untuk belinya, murah sahaja.
“Tandasnya pula ada di belakang, kalau kita masuk nampak bersih.
“Ini tandas untuk orang ramai. Air (di singki) pun lengkap. Tengok tandas yang ada di R&R semuanya bersih, ada tisu dan juga sabun basuh tangan,” katanya sambil menunjukkan persekitaran tandas dan menumpukan pada bahagian lantai.
Jelasnya, dia kagum dengan kebersihan tandas tersebut kerana ia amat berbeza dengan negaranya sendiri.
Mengulas lebih lanjut, dia berkata kawasan tersebut juga tidak perlu dibayar ketika mahu masuk dan berharap agar tandas di negaranya juga sama seperti di Malaysia.
“Tengok sendiri, bersih tandasnya. Pili airnya tidak sama di Indonesia.
“Tandasnya macam pusat membeli-belah, tak perlu bayar. Bersihkan tandas umum di RnR lebuh raya? Berbezakan dengan Indonesia? Berbezalah.
“Doakan Indonesia bakal seperti ini,” ujarnya.