Pelancong China biadap baling jubah ke arah pegawal keselamatan Masjid Putra.
Seorang pelancong dipercayai dari China didakwa melakukan perbuatan tidak sopan dengan membaling jubah ke arah pengawal keselamatan di Masjid Putra, Putrajaya.
Kejadian itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Shuaimee, selepas video insiden tersebut tular di media sosial.
“JAKIM mengambil perhatian terhadap sebuah video yang tular di media sosial yang memaparkan perlakuan kurang sopan oleh seorang pelancong dari China semasa melawat Masjid Putra, Putrajaya.
“Pihak pengurusan masjid telah melakukan siasatan terhadap kes tersebut dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan undang-undang dan peraturan berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Masjid Putra sentiasa mengalu-alukan kunjungan orang ramai dan pelancong bagi mempromosikan mesej keindahan serta keharmonian Islam sejagat.
Namun, semua pihak diminta untuk mematuhi Garis Panduan Pelancongan dan Lawatan ke Masjid Putra, Putrajaya, dan pihak pengurusan tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan tidak beradab yang boleh mencemar kesucian rumah Allah.
View this post on Instagram