Pelancong asing hairan kenapa Malaysia jual ‘baju musim sejuk’, sekali netizen datang komen buat ramai terhibur.
Seorang pelancong wanita warga asing telah mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik sebuah video di media sosial yang mempersoalkan penjualan pakaian musim sejuk di Malaysia.
Wanita tersebut, yang dikenali sebagai Nicole, merupakan seorang pempengaruh dari luar negara.
Dalam video berdurasi 15 saat itu, Nicole menyatakan bahawa Malaysia terkenal dengan cuaca panas sepanjang tahun. Namun, dia keliru apabila melihat banyak kedai pakaian di Malaysia menjual pakaian tebal seperti jaket musim sejuk.
“Saya tertanya-tanya, kenapa kebanyakan kedai di Malaysia menjual banyak pakaian musim sejuk?” soalnya sambil menunjukkan beberapa jaket tebal yang biasanya dipakai di negara-negara yang mengalami empat musim.
Namun, yang menarik perhatian adalah reaksi daripada warga maya yang membanjiri ruangan komen.
Seperti biasa di platform media sosial, netizen Malaysia sentiasa bersedia dengan jawapan yang ‘kreatif’ dan menghiburkan.
@nicolecrewe Why? Is 23 that cold? 🙈🙈😀 #malaysia #traveltiktok #fyp #foryou #foryoupage ♬ original sound – Nicole
“Kami ada musim sejuk di Terengganu dan Kelantan,”
“Kami tak boleh beritahu anda. Ia adalah rahsia negara,”
“Untuk masuk FamilyMart, 7 Eleven, Genting dan Cameron termasuk bulan Disember,”
“Kami perlukan pakaian itu untuk pergi ke pantai,”
“Mudah sahaja. Rakyat Malaysia suka melancong ke negara musim sejuk, dan pelancong dari negara empat musim juga datang ke Malaysia,”