Pelakon terkenal Korea Selatan kongsi video tawan puncak gunung Kinabalu curi perhatian netizen

Photo of author

By Syima Iza

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Min-ki, 39 tahun, memilih negara ini sebagai destinasi percutiannya apabila berkongsi video dan foto mendaki serta menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah, beberapa hari lalu.

Sebelum memuat naik hantaran dirinya berada di Sabah, ada peminat Min-ki di sini yang membuat perkongsian di media sosial ketika bertemu secara bersemuka dengan aktor itu di sebuah restoran di ibu kota untuk bersarapan pagi.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen terutama warga maya di negara ini menzahirkan rasa kagum dengan sikap aktor tinggi lampai itu yang tidak perlu menguar-uarkan aktivitinya demi publisiti.

Pelakon terkenal Korea Selatan kongsi video tawan puncak gunung Kinabalu curi perhatian netizen

“Pandai eh oppa Lee Min-ki ni datang Malaysia pada bulan puasa dan daki Gunung Kinabalu sebab tak ramai orang,” tulis netizen.

“Lee Min-ki ada kat Sabah lah, siap dah daki Gunung Kinabalu lagi,” komen seorang warga maya.

“Datang sini tak cakap, tiba-tiba dah naik Gunung Kinabalu jer. Terbaiklah abang Min-ki ni,” kata seorang pengikutnya.

“Tahu-tahu muat naik gambar daki Gunung Kinabalu, tak payah heboh, tak perlu media dan peminat sambut dengan sepanduk,” kata warganet.

Lee Min-ki disifatkan peminatnya sebagai pelakon serba boleh dengan wajah serius, tetapi seorang yang kelakar dan cukup menghiburkan dalam watak dilakonkannya.

@leeminki_fan Lee Min Ki in Sabah, Malaysia. I cannot move on!!😝. Climbing Mount Kinabalu🇲🇾⛰️🫶🏻#leeminki #mountkinabalu #gunungkinabalu #sabah ♬ original sound – bangtan_beech

Pelakon yang memulakan karier lakonan pada 2004 ini menjadi perhatian ramai menerusi drama What’s Wrong with Secretary Kim pada 2018 dan The Lies Within (2019) yang membawa namanya bertahan di puncak populariti dan terus jadi rebutan pengarah untuk bekerjasama.

Baca Juga:

Ramai sebak lihat anak sarungkan jubah konvo tanda penghargaan buat ayah
Penduduk panik gudang peluru tentera di Indonesia meletup
Lelaki usia 59 tahun telan cicak hidup-hidup untuk tingkat prestasi di ranjang