Pelakon Speed Racer, Christian Oliver, dua anak terbunuh dalam nahas pesawat

Pelakon Speed Racer, Christian Oliver, dua anak terbunuh dalam nahas pesawat

Pelakon Speed Racer, Christian Oliver, dua anak terbunuh dalam nahas pesawat.

Pelakon Jerman, Christian Oliver dilaporkan terbunuh setelah pesawat ringan yang dinaikinya terhempas di perairan kepulauan Caribbean, pada Khamis.

Selain Christian Oliver atau nama sebenarnya Christian Klepser, 51, turut terkorban dalam nahas itu ialah dua anak perempuannya, Madita, 10, dan Annik, 12.

Pesawat ringan yang membawa bintang filem Speed Racer dan Valkyrie itu berlepas dari Lapangan Terbang F Mitchell di Becquia, sebuah pulau kecil dan sebahagian daripada negara Caribbean St. Vincent dan Grenadines (SVG) pada petang Khamis.

Pelakon Speed Racer, Christian Oliver, dua anak terbunuh dalam nahas pesawat

Oliver bersama dua anaknya itu dikatakan menuju ke pulau berhampiran iaitu St Lucia apabila ia terhempas.

“Tidak lama selepas berlepas, pesawat itu mengalami kesukaran dan terhempas ke laut,” kata pegawai penyiasat.

Pemilik dan juruterbang pesawat itu yang dikenali sebagai lelaki Amerika Syarikat, Robert Sachs, turut terbunuh.

Menurut laporan dan rakaman video orang awam yang berada di pesisir pantai, pesawat yang dinaiki aktor tersebut berada dalam keadaan menjunam sebelum terhempas ke laut.

Penyelam dan nelayan tempatan dari Ladang Paget di pulau kecil Bequia juga dilaporkan bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan, menurut kenyataan Polis Diraja SVG.

Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat yang dijangka diadakan dalam beberapa hari akan datang.

Sementara itu, jurucakap pelakon itu dalam satu kenyataan berkata: “Ingatan dan doa kami adalah bersama-sama Oliver, dua anak perempuannya dan keluarganya”.

Sehingga kini, pihak berkuasa sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.

Mendiang Oliver sudah 30 tahun terlibat dalam dunia lakonan dan banyak membintangi filem popular termasuk naskhah Speed Racer dan Valkyrie.

Selain itu, beliau juga muncul dalam filem Steven Soderbergh The Good German dan dalam dua musim siri Jerman popular Alarm for Cobra 11 sebagai detektif.

Dia juga merupakan pelakon siri Sense8 di saluran Netflix Sense8 selain menyumbang suara untuk beberapa permainan video.

Baru-baru ini, mendiang Oliver turut terlibat dalam filem terbaharu francais Indiana Jones.

Baca Juga:
‘”Kalau saya bercakap, orang akan toleh dua kali sebab terkejut” – Wanita bersuara garau persis seorang lelaki tulen raih perhatian warganet
Warga asing buat taman permainan kanak- kanak tempat tidur, dah jadi macam rumah setinggan siap ada dapur
Cucu buang barang kemas milik nenek bernilai RM270,000 selepas disangka sampah
CATEGORIES