Pelakon Redza Rosli sah bergelar suami kepada Bella Hanna

Pelakon Redza Rosli sah bergelar suami kepada Bella Hanna

Pelakon Redza Rosli sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihannya, Bella Hanna, dalam sebuah majlis di Forest Valley Hall, Cheras hari ini.

Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan, Rosman Abdullah, di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Qaryah Masjid Taman Rakan Cheras, Ustaz Mohamad Mustakim Sarmuji.

Bagaimanapun, pasangan sama cantik sama padan itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Pelakon Redza Rosli sah bergelar suami kepada Bella Hanna

Dalam majlis yang bertemakan serba putih itu, Redza kelihatan kacak mengenakan persalinan warna suci sambil menyerahkan lima dulang hantaran yang dibalas dengan tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

Majlis akad nikah tersebut dihadiri oleh 300 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pengantin, termasuk rakan selebriti yang turut hadir untuk meraikan pasangan mempelai.

Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Datin Intan Najuwa, Sweet Qismina, Erysha Emyra, dan Zamarul Hisham.

Lebih menarik, dulang hantaran dibawa oleh rakan artis antaranya pelakon Adam Lee bagi pihak pengantin lelaki dan aktres Datin Elvina bagi pihak pengantin perempuan.

Untuk rekod, Redza sebelum ini pernah bergandingan dengan wanita pilihannya itu menerusi drama bersiri “Luruhnya Bunga Cinta”.

Baca Juga:
Wanita Jepun masak ramen versi Malaysia bertukar menjadi ‘Sup Cendol’ buat netizen gelihati
Dilabel kafir tak wajar sentuh daging korban, MP Petaling Jaya luah rasa kesal
‘Dalam lucu ada ilmu yang bermanfaat’ – Lawak ‘bilal kerdil’ video makmun tegur imam raih perhatian
CATEGORIES