Pelakon Noorkhiriah cedera, motosikal rempuh kereta semasa pengambaran drama ‘Bosskid’

Photo of author

By Syima Iza

Pelakon Noorkhiriah cedera, motosikal rempuh kereta semasa pengambaran drama ‘Bosskid’. Pelakon Noorkhiriah berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sehingga kenderaan itu bergerak laju sebelum melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

Akibat kejadian itu, Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, mengalami kecederaan pada tangan kanannya yang mengalami lebam dan tisu koyak.

Bagaimanapun kata pelakon yang sedang menjalani penggambaran drama berjudul Bosskid itu, insiden berkenaan adalah disebabkan kecuaian diri sendiri dan bukannya pihak produksi.

Pelakon Noorkhiriah cedera, motosikal rempuh kereta semasa pengambaran drama 'Bosskid'

“Alhamdulillah akak okay cuma tangan berbalut dan lebam-lebam manja sahaja. Tak patah, cuma tisu koyak.

“Apa yang terjadi adalah atas kesalahan akak sendiri bukan produksi. Jangan salahkan mereka. Mereka sudah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya.

Baca Lagi:
Polis buru lelaki mengamuk bersenjatakan batu pecah cermin kereta
Hilang 4 anak sekaligus, ibu kucing tak berganjak depan rumah undang sebak
Ibubapa pelajar dakwa cikgu nak ‘songlap’ duit BAP, hanya dapat RM100 kurang RM50