Pelakon Nabila Huda dedah terima ugutan anak akan diculik.
Pelakon Nabila Huda mendedahkan menerima ugutan daripada seorang individu yang mendakwanya mencuri budaya Indonesia.
Malah lebih menakutkan apabila individu yang dikenali sebagai @bim_16 ini turut mengugut untuk menculik anaknya, Keisha Laila sekiranya Nabila masih ‘claim’ mengenai budaya Indonesia.”
Pendedahan dibuat oleh anak kepada rockers terkenal Datuk Amy Search ini dalam platform X.
“Nabila Huda @abilsuhaimi is the NO. 1 claimer/thief of the INDONESIAN CULTURE,” tulisnya di platform X.
“Saya akan menculik anak awak sekiranya masih ‘claim’ budaya Indonesia @abilsuhaimi,” tambahnya.
Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 39, bertindak meminta bantuan pengikutnya untuk memberi respon terhadap individu terbabit.
Bagaimanapun usaha ini tidak berjaya berikutan akaun individu terbabit tidak dapat diakses selepas ditetapkan dalam mod privasi.
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan individu ini sangat keterlaluan dan menasihatkan Nabila untuk membuat laporan polis demi keselamatan dia dan keluarganya.
Dah buat laporan polis? Dah ugut anak ini bukan main-main walaupun dia jauh di sana.
Tuduhan mencuri budaya Indonesia itu dibuat individu terbabit berdasarkan perkongsian Nabila yang menggayakan 30 persalinan kebaya lengkap berkain batik lepas dan bersanggul ketika menjalani penggambaran sebuah program di New York, Amerika Syarikat, Julai lalu.
Baca Lagi: