Pelakon Meerqeen mengaku masih ‘single’ kongsi ciri-ciri wanita idaman

Pelakon Meerqeen mengaku masih ‘single’ kongsi ciri-ciri wanita idaman

Pelakon Meerqeen berkongsi ciri-ciri wanita idamannya menerusi satu temu bual bersama stesen radio, Era FM Sarawak baru-baru ini.

Menurut Meerqeen, atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, dia sukakan wanita yang tinggi, kelakar, serta tidak mengenakan solekan. “Saya ada banyak. Saya suka perempuan tinggi, mata ‘fox eyes’, tak pakai make up sangat. Bergantung kepada masa itu.

Kalau ada acara awak boleh pakai make up tapi saya lebih suka barefaced.

Pelakon Meerqeen mengaku masih 'single' kongsi ciri-ciri wanita idaman

“Lepas itu saya suka orang yang hormat mak bapa saya. Boleh masuk kepala, kelakar dan yang seronok untuk berborak,” katanya.

Sementara itu, Meerqeen berkata dia seorang yang memerlukan masa bersendirian jika merajuk dengan pasangan.

“Tapi saya kalau merajuk, saya takkan cakap, saya bagi silent treatment. Saya akan pujuk diri sendiri,” katanya.
@erasarawak E-Jodoh special bersama @dhirahsaini aritok tek kita ada the one and only @Meerqeen in the studio !! 😍 • #ERAsarawak ♬ original sound – ERA Sarawak

Dalam pada itu, Meerqeen juga mengakui dirinya masih lagi tiada teman istimewa kerana mahu memberi fokus kepada kerjayanya.

“Single but not available sebab saya tengah fokus kerja. Nanti kesianlah kalau ada teman wanita, macam mana nak komited dengan dia,” katanya.

Baca Juga:
Warga asing menyamar pakai alat pernafasan seperti bayi tular untuk raih simpati
Individu dakwa pemain bola sepak perdaya ramai wanita, dicop ‘playboy tak berduit’
Lelaki cedera parah dilempar ke dinding ketika cuba lerai 2 lembu jantan bergaduh naik minyak
CATEGORIES