Pelakon drama bersiri General Hospital, Johnny Wactor maut ditembak individu bertopeng

Photo of author

By Syima Iza

Pelakon drama bersiri General Hospital, Johnny Wactor, 37, yang popular dengan watak Brando Corbin meninggal dunia selepas ditembak individu bertopeng dalam kejadian rompakan di sini awal pagi Sabtu.

Ibu mangsa, Scarlett Wactor mengesahkan kematian Wactor memaklumkan kejadian berlaku ketika anak lelakinya bersama rakan sekerjanya melihat tiga suspek didakwa cuba mencuri barang berharga dari keretanya termasuk ekzos ‘catalytic converter’ yang menilai tinggi.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa dikatakan tidak melawan, namun suspek masih melepaskan tembakan ke arahnya sebelum melarikan diri dengan kenderaan.

Pelakon drama bersiri General Hospital, Johnny Wactor maut ditembak individu bertopengPelakon drama bersiri General Hospital, Johnny Wactor maut ditembak individu bertopeng

Tambahnya, Wactor pada awal menyangka keretanya ditarik ketika berjalan dari tempat kerja dan cuba bercakap dengan suspek, namun salah seorang daripada tiga suspek yang memakai topeng bertindak melepaskan tembakan ke arahnya.

Wactor yang cedera parah dibawa ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut jurucakap polis di Los Angeles belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, ejen Wactor, David Shaul dalam satu kenyataan berkata, pelakon itu adalah contoh moral sebenar kepada semua yang mengenalinya.

“Wactor sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam kerjaya yang penuh mencabar ini. Dia cukup istimewa di mata semua orang bukan hanya berbakat malah disenangi ramai kenalannya.” katanya.

Wactor dilahirkan di Charleston, Carolina Selatan. Penampilan pertama di televisyen adalah menerusi drama bersiri Army Wives, diikuti beberapa drama Westworld, The OA dan Criminal Minds.

Dari 2020 hingga 2022, Wactor tampil dalam lebih 160 Episod drama General Hospital.

Baca Juga:
Ramai yang tak tahu, ini cara nak elakkan nasi cepat basi
Demi selamatkan tunang, lelaki melecur teruk disimbah cecair oleh individu tak dikenali
‘Saya minta bakal mentua belikan cincin emas harga RM800 bukannya RM20,000’