Pelajar vokasional mengamuk tikam 8 rakan hingga maut dan 17 cedera selepas gagal dalam peperiksaan

Photo of author

By Syima Iza

Pelajar vokasional mengamuk tikam 8 rakan hingga maut dan 17 cedera selepas gagal dalam peperiksaan.

GARA-GARA gagal dalam peperiksaan dan tidak berjaya memperoleh sijil tamat pengajian, seorang pelajar berusia 21 tahun bertindak menikam lapan individu sehingga maut dan mencederakan 17 yang lain.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.30 petang, Sabtu, di Institut Seni dan Teknologi Vokasional Wuxi, wilayah Jiangsu, China.

Pelajar vokasional mengamuk tikam 8 rakan hingga maut dan 17 cedera selepas gagal dalam peperiksaan

Menurut kenyataan pihak polis, suspek merupakan seorang graduan baharu yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan serta pampasan latihan selepas gagal memperoleh sijil tamat pengajian.

Suspek telah ditahan dan kini mengaku bersalah atas perbuatannya.

Pihak berkuasa China telah melancarkan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut, yang disifatkan sebagai kejadian luar biasa.

Sebagai peringatan, keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam ajaran Islam. Oleh itu, semua pihak diseru untuk menjauhi perbuatan sedemikian.

Baca Juga:
Wanita dihukum penjara selama 235 tahun
Roti canai laku keras, pelanggan terpaksa masak sendiri di kedai
Nelayan rakam kapal kayu usang misteri muncul tiba-tiba di tengah laut