Pelajar UPM yang hilang ditemui selamat, rupanya merajuk dengan bapa

Pelajar UPM yang hilang ditemui selamat, rupanya merajuk dengan bapa

Pelajar UPM yang hilang ditemui selamat, rupanya merajuk dengan bapa. Penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilaporkan hilang selepas pergi solat Jumaat lalu telah dijumpai di Terminal Pengangkutan Awam Larkin di sini kira-kira pukul 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat ketika dihubungi Malaysia Gazette sebentar tadi mengesahkan penemuan penuntut berkenaan.

Laporan polis berhubung penemuan pelajar itu diterima pada pukul 5.30 petang di Balai Polis JBS.
Pelajar UPM yang hilang ditemui selamat, rupanya merajuk dengan bapa

Penuntut UPM Mohd Irfan Hakimi ditemui selamat oleh bapanya di Terminal Larkin Sentral petang semalam.

Hasil siasatan mendapati, pelajar bernama Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, dikatakan ke Johor Bahru selepas berlaku perselisihan fahan dengan bapanya.

“Kita (polis) difahamkan bapa pelajar berkenaan sendiri telah menemui anaknya di stesen bas Larkin petang semalam.

”Biasalah budak-budak zaman sekarang minta tak dapat merajuk. Selisih faham. Contoh minta handphone tak dapat merajuk. Begitulah.

“Pelajar itu selamat dan telah dibawa pulang ke rumahnya di Selangor oleh bapanya sendiri,” katanya.

Difahamkan pelajar berkenaan yang datang ke Johor sehelai sepinggang menuju ke rumah rakannya.

Semalam dalam sidang media, Ketua Polis Daerah Serdang, A A Anbalagan berkata, ayah pelajar berkenaan menghubungi anaknya untuk bertanyakan khabar tentang kehidupan seharian di UPM pada 9 pagi Jumaat, namun tiada sebarang jawapan.

Ekoran itu, lelaki berkenaan menghubungi adiknya yang tinggal berhampiran UPM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai anaknya itu.

Difahamkan Mohd Irfan Hakimi merupakan pelajar semester pertama di Kolej Cancelor UPM dalam jurusan Pengajian Pengguna sejak September lalu.

Baca Lagi:
Dua lelaki maut ‘dilibas’ayam jantan ketika tonton acara sabung ayam
Nenek ‘mandi lumpur’ secara live di Tiktok raih RM425 sejam
Lelaki ragut beg silang penghantar makanan tak sempat lari, dikepung orang ramai
CATEGORIES