Pelajar tingakatan 5 mati kena gigit dengan babi.
Seorang pelajar sekolah di Rusia, Milena Shevelyova, 17, dilaporkan maut selepas diserang oleh kawanan babi ketika ditinggalkan bersendirian di rumah untuk menjaga kebun keluarganya, lapor laman berita Daily Mirror.
Kejadian tragis itu berlaku di wilayah Krasnoyarsk ketika Milena pergi ke kandang babi untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut semasa ketiadaan ibu bapanya.
Menurut laporan, remaja itu pada awalnya dirempuh oleh seekor babi betina besar yang bersikap agresif, menyebabkan dia terjatuh dan tidak sedarkan diri.
“Semua babi lain kemudian turut menyerangnya. Haiwan-haiwan itu mengoyakkan arteri femoralnya dan menggigit mangsa. Milena meninggal dunia akibat kehilangan darah,” menurut laporan saluran Bad News di Telegram.
Mangsa turut mengalami kecederaan serius di kepala dan badan akibat serangan tersebut. Kejadian ini mengejutkan penduduk setempat dan menjadi peringatan tentang bahaya berinteraksi dengan haiwan yang boleh bersikap agresif dalam situasi tertentu.