Pelajar tidak dapat hadir exam sebab ayah masuk ICU, respon guru ini buat keluarga terkilan

Photo of author

By Syima Iza

Pelajar tidak dapat hadir exam sebab ayah masuk ICU, respon guru ini buat keluarga terkilan.

Tidak dapat hadir peperiksaan kerana bapa sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), jawapan yang diberikan oleh seorang guru di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Cheras, Kuala Lumpur, telah mengguris hati keluarga seorang pelajar.

Perkara ini didedahkan oleh kakak kepada pelajar tersebut menerusi platform TikTok sejak semalam, yang kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Pelajar tidak dapat hadir exam sebab ayah masuk ICU, respon guru ini buat keluarga terkilan

Tidak Hadir Peperiksaan Kerana Bapa di ICU

Dalam hantaran yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dengan nama @dnaaazmr, dia berkongsi bahawa adiknya telah menyerahkan surat penjelasan ketidakhadiran ke peperiksaan bertarikh 12 November lalu kerana ayah mereka sedang bertarung nyawa di ICU.

Namun, jawapan yang diberikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) sekolah tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati. Guru berkenaan didakwa mempertikaikan alasan tersebut dengan menyatakan:

“Adakah ayah dah ‘pergi’ ke belum? Kalau belum, kenapa tak boleh datang exam?”

@dnaaazmr🙏🏼

♬ original sound – bubblyb0o

Keluarga pelajar tersebut merasa sangat terkilan dengan kenyataan tersebut, yang mereka anggap sebagai satu penghinaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Menurut kakak pelajar tersebut, tujuan video itu dimuat naik bukanlah untuk meraih simpati, tetapi bagi meminta agar guru berkenaan memohon maaf atas kata-katanya yang menyakitkan hati.

Guru Memohon Maaf dan Akan Melawat Bapa di Hospital

Dalam perkembangan terkini, kakak pelajar itu memuat naik video baru menyatakan bahawa guru tersebut telah meminta maaf kepada mereka sekeluarga dan berjanji untuk melawat bapa mereka di hospital.

Dia juga memohon agar pihak yang telah memuat naik semula video tular itu supaya menurunkannya, memandangkan isu tersebut kini telah selesai.

Baca Juga:
Baru 6 bulan kerja di Malaysia, warga asing berjaya beli kereta Mazda, pinjaman lulus dalam masa sehari
Rakyat Malaysia bakal dapat Kad Pengenalan baharu, MyKad lama akan dimansuhkan
Orang ramai kecoh penyu sesat naik ke jalan raya di Dungun