Pelajar tahfiz mati dalam longkang selepas main Play Station

Photo of author

By Syima Iza

Pelajar tahfiz mati dalam longkang selepas main Play Station. Seorang pelajar sekolah tahfiz ditemukan tidak bernyawa di dalam longkang di hadapan Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan Wajo, petang kelmarin.

Pelajar yang dikenali sebagai MA berusia 15 tahun itu bersekolah di Huffadz Masjid Jami dan sebelum ditemukan mati, dia dipercayai leka bermain Play Station bersama rakan-rakannya seharian suntuk.

Keesokan harinya, pelajar itu ditemukan meninggal dunia di dalam longkang.

Pelajar tahfiz mati dalam longkang selepas main Play Station
Gambar hiasan
Jurucakap polis, Bambang Purwanto berkata, keterangan beberapa saksi memberitahu mangsa bersama sembilan rakannya keluar dari asrama untuk bermain Play Station di sebuah kedai pada 25 Disember.

Ketiadaan mereka di sekolah menyebabkan pengasas pusat tahfiz berkenaan, Syahrul Hidayat segera mencari mereka sebelum mengetahui mereka leka bermain Play Station.

“Kesemua pelajar itu termasuk mangsa diketahui keluar dari asrama untuk bermain Play Station tanpa pengetahun guru mereka.

“Ketika ditemukan guru mereka, kesemua pelajar tersebut panik lalu melarikan diri untuk pulang ke asrama, namun mangsa disedari tiada dalam kumpulan tersebut.

“Keesokan harinya, pengurus asrama keluar mencari mangsa dan menemukannya sudah tidak bernyawa di dalam longkang, selain menemukan kesan luka pada siku kanan serta kepala,” kata Bambang.

Setakat ini, jenazah pelajar tersebut sudah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

Baca Lagi:
Langgar lampu isyarat merah, Perodua Axia terbakar dalam kemalangan
Lelaki pakai telekung curi beg jemaah tengah sembahyang dicekup
“korang duk mengata aku sangat”, tapi aku ada anak yang ni…