Pelajar tahfiz belasah lelaki sakit mental sampai mati

Pelajar tahfiz belasah lelaki sakit mental sampai mati

Pelajar tahfiz belasah lelaki sakit mental sampai mati. Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental meninggal dunia apabila dibelasah beberapa pelajar tahfiz selepas mengamuk di pekarangan sebuah masjid di Pulau Melaka di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang selepas mangsa, berusia dalam lingkungan 20-an dikatakan secara tiba-tiba memukul seorang wanita yang berada di kawasan masjid tersebut.

Saksi kejadian, Tuan Hasrol Tuan Hassan, 42, berkata, mangsa pada awalnya dilihat menunaikan solat asar seorang diri di masjid itu sebelum dia tiba-tiba mengamuk dan keluar dari masjid tersebut.

Pelajar tahfiz belasah lelaki sakit mental sampai mati

Menurutnya, lelaki itu dilihat terus meluru ke arah seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang merupakan tukang masak di sebuah asrama berhampiran masjid berkenaan.

“Wanita itu sedang menolak motosikalnya di pekarangan masjid untuk pulang ke rumah. Lelaki tersebut dilihat bertindak memukul wanita itu yang kemudiannya sempat melarikan diri ke dalam masjid.

“Beberapa pelajar tahfiz yang menyedari kejadian itu terus memberi bantuan kepada wanita terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, sebentar tadi.

Menurut Tuan Hasrol, bagaimanapun, mangsa dipercayai tidak sedarkan diri apabila dipukul beberapa pelajar tahfiz sebelum pihak pengurusan masjid menghubungi pihak polis.

Katanya, difahamkan, lelaki terbabit sudah mengamuk di sebuah madrasah Kedai Lalat di sini, ketika jemaah sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat zohor, petang tadi.

Setakat ini, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut.

Baca lagi:
Penghuni flat cop lot parkir guna batu nisan dikecam hebat warganet
Pelanggan pasaraya terkejut nampak tikus sebesar kucing celah bungkusan sayur
Pelakon Noorkhiriah cedera, motosikal rempuh kereta semasa pengambaran drama ‘Bosskid’
CATEGORIES