Pelajar sekolah memandu tersalah tekan pedal minyak kereta rempuh bilik mengajar

Photo of author

By Syima Iza

Pelajar sekolah memandu tersalah tekan pedal minyak kereta rempuh bilik mengajar. Gara-gara tidak sihat, seorang pelajar sekolah memandu tersalah menekan pedal minyak kereta yang dipandunya sehingga melanggar sebuah bilik mengajar sekolah memandu tersebut dalam kejadian di Pajam, Mantin di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Pegawai Bomba Kanan II, Effendi Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di Akademi Memandu Nilai itu pada pukul 10.33 pagi.

“Setibanya di lokasi kami mendapati sebuah kereta sekolah memandu jenis Perodua Axia telah melanggar sebuah mengajar di situ.

Pelajar sekolah memandu tersalah tekan pedal minyak kereta rempuh bilik mengajar

“Bagaimanapun, pelajar sekolah memandu yang merupakan lelaki berusia 26 tahun dan pengajar yang juga seorang lelaki berusia 65 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Namun terdapat dua orang lelaki yang berusia 22 dan 27 tahun yang berada di dalam bilik tersebut cedera di bahagian kaki dan belakang badan akibat kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, pihak bomba telah menyerahkan kedua-dua mangsa yang cedera kepada pihak Kementerian Kesihatan yang kemudian telah membawa mereka ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Baca Lagi:
Duit RM49.2 juta masuk akaun, pasangan kekasih sempat beli rumah dan kereta mewah, akhirnya ini yang berlaku
Kisah pegawai bank curi 1 sen duit pelanggan sampai jadi jutawan! Macam mana dia buat?
Wanita ini kongsi kisah sedih ditipu suami selepas berkahwin, rupa-rupanya hanya lakonan