Pelajar perempuan tingkatan empat hilang dari rumah setelah ditegur main telefon

Pelajar perempuan tingkatan empat hilang dari rumah setelah ditegur main telefon

Pelajar perempuan tingkatan empat hilang dari rumah setelah ditegur main telefon. Seorang ibu mengharapkan anak sulungnya, Aliah Qistina Budiyanto, 16, yang dilaporkan hilang dari rumah di Taman Maju di sini sejak 17 Mac lalu agar pulang semula ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

Noor Fatimahtul Zaharah Talib, 40, berkata, sudah hampir seminggu anaknya yang belajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah di sini menghilangkan diri selepas ditegur menggunakan telefon bimbit terlalu lama.

Menurutnya, laporan telah pun dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, namun sehingga kini usaha menjejaki Aliah Qistina gagal menemukan sebarang petanda positif.

Pelajar perempuan tingkatan empat hilang dari rumah setelah ditegur main telefon

“Segala usaha kami sekeluarga tidak menampakkan sebarang tanda-tanda positif Aliah Qistina akan ditemui termasuklah menjejaki menggunakan aplikasi WhatsApp, Facebook, menampal poster di setiap stesen minyak dan kedai serbaneka 7-Eleven di pekan Jasin.

“Sebelum dia menghilangkan diri, saya ada tegurnya kerana menggunakan telefon bimbit terlalu lama, tetapi dia menjadi agresif serta meninggikan suara. Selepas dia minta maaf,” ujarnya ketika ditemui pemberita di Taman Maju di sini, semalam.

Pelajar perempuan tingkatan empat hilang dari rumah setelah ditegur main telefon

Mengulas lanjut dia memberitahu, kehilangan anaknya itu hanya disedari kira-kira pukul 12 tengah malam selepas melihat pintu dapur rumahnya terbuka luas, manakala pintu hadapan tidak berkunci.

“Saya tinjau melihat keliling rumah dan mendapati anak saya tidak ada di bilik tidurnya selepas puas dipanggil berkali-kali.

“Bimbang dengan keselamatan Aliah, saya dan suaminya masing-masing keluar menaiki kereta serta motosikal untuk mencari di sekitar Taman Maju, namun tidak jumpa, rakan-rakan sekolahnya juga tidak tahu,” katanya.

Baca Lagi:
Nak kahwin dua? Ini 5 alasan logik yang boleh diterima isteri
Isteri curang berzina ketika suami merantau ke Malaysia dirotan 100 kali
Kanak-kanak ‘kantoi’ cubaan melarikan diri hari pertama persekolahan
CATEGORIES