Pelajar perempuan tingkatan 3 kantoi skandal dengan kawan mak ayah, siap tawar gambar bog*l asalkan dapat phone baru & duit belanja

Photo of author

By Syima Iza

Pelajar perempuan tingkatan 3 kantoi skandal dengan kawan mak ayah, siap tawar gambar bog*l asalkan dapat phone baru & duit belanja.

Lambakan kandungan video influencer memaparkan kehidupan mewah mereka di media sosial secara tidak langsung memberikan kesan buruk kepada segelintir penonton lebih-lebih lagi kelompok bawah umur.

Selain mula membandingkan kehidupan sendiri yang dirasakan tidak seberuntung orang lain, ada yang sampai terjebak melakukan perkara keji asalkan nafsu kebendaan mereka dipenuhi. Sebahagiannya mungkin mengalami FOMO (Fear Of Missing Out) iaitu ketakutan tidak dapat memiliki, ketinggalan atau gagal mengikuti trend terkini yang sedang dilakukan orang lain di media sosial.

Pelajar perempuan tingkatan 3 kantoi skandal dengan kawan mak ayah, siap tawar gambar bog*l asalkan dapat phone baru & duit belanja
Gambar hiasan

Budak Tingkatan 3 ajak kawan mak ayah berskandal

Pahit untuk ditelan, hakikatnya perkara sebegitu sudah banyak berlaku di luar sana. Seorang pengguna TikTok ini juga sempat mendedahkan hal paling mengejutkan melibatkan seorang pelajar perempuan Tingkatan 3.

Difahamkan, budak mentah tersebut telah mengajak sahabat kepada ibu ayahnya sendiri untuk menjalinkan hubungan terlarang demi manfaat peribadi.

Dia tawarkan gambar asalkan sanggup beli telefon & duit belanja

Ia turut disusuli dengan tindakan seperti menghantar gambar tubuhnya tanpa seurat benang kepada lelaki tersebut. Sebagai balasan, individu berkenaan harus membelikan pelajar itu telefon bimbit terbaru di pasaran beserta kiriman duit belanja setiap minggu.

Sukar untuk dipercayai semua ini berlaku di saat seorang anak masih tinggal di bawah jagaan penuh ibu ayahnya, namun itulah hal yang benar-benar terjadi.

Betapa rosaknya akhlak manusia…Sanggup buat apa sahaja demi najis dunia yang tak seberapa

Curiga melihat kemampuan si anak berbelanja dengan cukup santai, si ibu akhirnya memeriksa kandungan telefon bimbit tersebut sebelum menemui pelbagai imej dan mesej tidak senonoh. Lelaki dewasa yang seharusnya melindungi remaja yang belum matang sepenuhnya juga malah bersikap seperti kucing diberikan ikan segar.

Pelajar perempuan tingkatan 3 kantoi skandal dengan kawan mak ayah, siap tawar gambar bog*l asalkan dapat phone baru & duit belanja

Baca Juga:
“Latar belakang aku terbongkar selepas staf JPN tak benarkan aku tukar IC baharu”
Didakwah anak sendiri bertahun-tahun, akhirnya wanita berusia 101 ini peluk Islam
Ini cara tanam 3 jenis bawang popular di rumah, mudah sangat-sangat!