Pelajar perempuan hanya berseluar dalam dan bercoli dikepung pengawal keselamatan

Photo of author

By Syima Iza

Pelajar perempuan hanya berseluar dalam dan bercoli dikepung pengawal keselamatan.

Seorang pelajar perempuan di sebuah universiti di Tehran, Iran, menanggalkan pakaian dan hanya mengenakan pakaian dalam sebagai protes selepas diganggu oleh pengawal keselamatan kampus berhubung peraturan pemakaian yang ketat, lapor The Telegraph.

Video yang tersebar luas di media sosial menunjukkan pelajar itu duduk di luar kampus hanya berseluar dalam dan bercoli manakala pengawal keselamatan mengepungnya.

Pelajar perempuan hanya berseluar dalam dan bercoli dikepung pengawal keselamatan

Satu lagi video menunjukkan dia berjalan di sekitar kampus sambil gelagatnya dirakam oleh pelajar lain.

Dikhabarkan tindakan protes pelajar itu bermula selepas pasukan keselamatan menyerangnya secara fizikal kerana tidak bertudung.
Sebagai tindak balas selepas pakaiannya dikoyakkan, pelajar itu memilih untuk menanggalkan apa yang dipakainya, menurut saluran berita media sosial pelajar Iran dan saksi.

Beberapa saksi mengesahkan pelajar itu kemudian ditahan oleh pihak berkuasa.

Rakaman video turut menunjukkan detik penahanan pelajar tersebut dari kampus.

Pengarah perhubungan awam di universiti itu, Amir Mahjoub, berkata bahawa pelajar tersebut telah dibawa ke balai polis dan mendakwa dia berada di bawah ‘tekanan mental yang teruk dan mengalami gangguan psikologi’.

Laporan itu menambah, selepas diserahkan kepada polis oleh kakitangan keselamatan universiti, pelajar itu telah dimasukkan ke pusat rawatan psikiatri.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu, ini perbezaan Deepavali & Diwali
Ibu siap pakai helmet nak naik motosikal, sekali anak buat kejutan beli Proton S70
Warga emas setia tunggu isteri di wad hospital setiap hari tak kira siang & malam buat ramai sebak