Pelajar perempuan buat aksi ‘backflip’ ketika terima ijazah curi tumpuan

Pelajar perempuan buat aksi ‘backflip’ ketika terima ijazah curi tumpuan

Pelajar perempuan buat aksi ‘backflip’ ketika terima ijazah curi tumpuan. Seorang pelajar dari China menjadi perhatian netizen selepas melakukan aksi ‘backflip’ sebelum menerima skrol ijazah semasa majlis graduasinya di Britain, lapor laman berita Wion News semalam.

Video memaparkan aksi pelajar wanita itu tular di platform media sosial selepas orang ramai tertarik dengan keterujaannya.

Menurut akhbar South China Morning Post (SCMP), pelajar bernama Chen Yining berusia 24 tahun yang melakukan aksi tersebut terkejut dengan maklum balas orang ramai di media sosial.

Pelajar perempuan buat aksi 'backflip' ketika terima ijazah curi tumpuan

Yining menerima ijazah pascasiswazah dalam bidang latihan dan persembahan tari pada majlis graduasi tersebut. Rakaman itu kemudian dimuat naik oleh akaun Twitter @tongbingxue.

“Pelajar China, Chen Yining di Britain meraikan majlis tamat pengajian dalam gaya kung fu, diingati oleh guru dan rakan graduan dan menjadi tular di media sosial China hari ini,” demikian menurut keterangan hantaran berkenaan.

Sejak dikongsikan di Twitter hampir seminggu lalu, video itu ditonton lebih 500,000 orang dan mendapat lebih 1,600 tanda suka.

“Luahan kebahagiaan sentiasa indah, lebih-lebih lagi apabila generasi baharu melakukannya dengan bergaya!” komen seorang netizen.

Baca Lagi:
Majlis pimpinan tertinggi BERSATU tolak perletakan jawatan Muhyiddin
Selepas PM umum cagar Akaun KWSP, Ah Long mula buat kerja iklan di media sosial
Lelaki ini beri makan anjing liar, roti siap sapu mentega cuit hati orang ramai
CATEGORIES