Pelajar Palestine ‘kantoi’ intai pelajar perempuan mandi di Cyberjaya.Polis menahan seorang pelajar lelaki warga Palestin yang dipercayai mengintai sebuah rumah didiami pelajar wanita warga tempatan di Mutiara Ville di Cyberjaya, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata mangsa membuat laporan setelah mendapat maklumat daripada jiran bahawa terdapat seorang lelaki disyaki berbangsa Arab mengintai rumahnya.
“Lelaki itu membuka cermin tingkap tandas dan berdiri di ruang tepi untuk mengintai dan mengambil seluar milik rakan serumah wanita itu. Perbuatannya dirakam oleh jiran pengadu dan lelaki itu telah melarikan diri,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian membuat pemeriksaan di bahagian balkoni belakang dan mendapati sehelai seluar panjang warna kelabu milik rakan serumahnya tiada dan ketika kejadian, tiada sesiapa berada dalam tandas.
“Lelaki Palestin itu ditahan pada kira-kira 4 petang tadi di Mutiara Ville dan polis telah merampas telefon bimbit, baju, seluar dan selipar yang digunakan, namun seluar milik rakan serumah pengadu belum dijumpai. Siasatan masih diteruskan,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
SEORANG pemuda warga Palestin ditahan polis selepas didakwa mengintai rumah pelajar wanita dekat Mutiara Ville Condo, Cyberjaya, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 23 tahun dan seorang pelajar. pic.twitter.com/0xac4BD68J— ReeN🔺 (@ReeNGaston) January 25, 2023