Pelajar nekad curi kambing untuk sambut ‘Hari Kekasih’

Pelajar nekad curi kambing untuk sambut ‘Hari Kekasih’

Pelajar nekad curi kambing untuk sambut ‘Hari Kekasih’. Seorang pelajar kolej ditahan kerana mencuri seekor kambing untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk membeli hadiah untuk teman wanitanya pada Hari Kekasih, lapor portal berita Pipa News semalam.

Arvind Kumar, 20, didapati mencuri kambing milik seorang penduduk dikenali sebagai Renuka di Kampung Malayarasan Kuppam yang berada di bawah pentadbiran Balai Polis Kandachipuram dalam daerah Villupuram baru-baru ini.

Pelajar nekad curi kambing untuk sambut 'Hari Kekasih'

 

Arvind dan rakannya yang dikenali sebagai Mohan, 20, telah ditahan dan diserahkan ke balai polis tersebut.

Polis menyoal siasat mereka dan Arvind berkata, dia mencuri kambing kerana tidak mempunyai wang untuk meraikan Hari Kekasih dan membeli hadiah romantis kepada teman wanitanya.

Siasatan polis juga mendapati rakannya, Mohan adalah rakan subahat Arvind.

Polis juga sedang menyiasat sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kes kecurian kambing yang lain.

Baca Lagi:
Guru kongsi kisah anak murid deman, ibu korek sana sini cari duit untuk bawa anak ke klinik
Lelaki nekad larikan seutas gelang tangan, tauke emas rugi RM17,000
Penangan hari pertama KJ jadi DJ, pendengar HotFM lonjak 75 peratus dalam masa 1 jam
CATEGORIES