Pelajar madrasah ‘diseterika’ seluruh badan kerana enggan salam dengan senior

Photo of author

By Syima Iza

Seorang pelajar Madrasah Tsanawiyah (MTs) di Semarang, Indonesia melecur di bahagian badannya selepas diseterika oleh senior di sekolah terbabit.

Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku disebabkan mangsa enggan bersalaman dengan pelaku selepas selesai menunaikan solat.

“Mangsa dikenali sebagai D,14 tahun, sementara pelaku yang berasal dari Bali, tua setahun daripadanya.

Pelajar madrasah 'diseterika' seluruh badan kerana enggan salam dengan senior

“Dia diseterika di bahagian dada dan lengan sebanyak tiga kali oleh pelaku ketika mereka berada di asrama sekolah,” ujar polis kota Semarang, AKP Aditya Perdana
Susulan itu, pelaku kini bakal berhadapan hukuman selaras dengan undang-undang Republik Indonesia.

“Pelaku bakal didakwa di bawah Undang-Undang Keadilan Juvana kerana dia masih di peringkat bawah umur,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pendidikan Madrasah Kementerian Agama, Ahmad Faridi menyifatkan kejadian itu sebagai buli dan ia perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama dalam sektor pendidikan.

“Tindakan buli ini tidak boleh ditoleransi sama sekali, apatah lagi hingga mendatangkan kecederaan,” ujarnya.

Baca Juga:
Lelaki tak boleh terima kesalahan anak curi barang berjumlah RM9, ludah staf yang tak bersalah
Imam dedah pasangan bawa bayi naik motor bukan suami isteri, rancang kahwin minggu depan buat ramai terkejut
Isu UiTM digelar apartheid: Dr Akmal bidas Prof. Tajudin dari UCSI jangan jadi ‘Si Kitol’