Pelajar lelaki terkejut pengsan setelah di kelilingi 500 pelajar perempuan dalam dewan peperiksaan

Photo of author

By Syima Iza

Pelajar lelaki terkejut pengsan setelah di kelilingi 500 pelajar perempuan dalam dewan peperiksaan. Seorang pelajar berusia 17 tahun dilaporkan pengsan secara tiba-tiba semasa sedang menduduki peperiksaan subjek Matematik.

Pelajar itu bernama Manish Shankar Prasad, 17, dari Kolej Allama Iqbal pada mulanya telah mengambil peperiksaan subjek Matematik dekat sekolah Brilliant Convention di Sundergarh, India.

Beliau kemudian menyedari dalam dewan peperiksaan itu, hanya dia seorang sahaja pelajar lelaki dan selebihnya kira-kira 500 pelajar lagi adalah perempuan.

Pelajar lelaki terkejut pengsan setelah di kelilingi 500 pelajar perempuan dalam dewan peperiksaan
Gambar hiasan

Panik melihat keadaan sedemikian, Shankar kemudian pengsan di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sadar untuk menerima rawatan.

Mujur tiada kecederaan serius dilaporkan. Menurut ibu saudara Shankar, pelajar itu pengsan kerana berdebar-debar serta dalam keadaan trauma berada dalam kumpulan pelajar wanita yang sangat ramai.

Pelajar lelaki terkejut pengsan setelah di kelilingi 500 pelajar perempuan dalam dewan peperiksaan

Baca Lagi:
Ramai rakyat kecewa dengan Belanjawan 2023
Wanita terbeli anak patung berhantu dari selatan Thai, pukul 3 pagi duduk atas perut
[VIDEO] Kanak-Kanak Didakap & Dicium Jururawat 9 Hari Sebelum Meninggal Dunia Buat Ramai Sebak