Pelajar kolej menggigil selepas mengaku rogol rakan berusia 13 tahun dalam surau

Photo of author

By Syima Iza

Seorang pelajar kolej menggigil di Mahkamah Sesyen hari ini semasa prosiding untuk menjatuhkan hukuman atas kesalahan merogol seorang rakan bawah umur yang dikenali melalui media sosial, termasuk di sebuah surau, sejak Mac dan April yang lalu.

Muhammad A’azib Darwish Rosli, 19, yang merupakan tertuduh, sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan merogol seorang rakan berusia 13 tahun, dan mengaku bersalah setelah ketiga-tiga pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Sebelum hukuman dijatuhkan, hakim menanyakan sama ada dia menyedari akan menerima hukuman berat atas kesalahannya, yang membuatkan dia menggigil dan nampak ketakutan.

Pelajar kolej menggigil selepas mengaku rogol rakan berusia 13 tahun dalam surau

Menurut pertuduhan pertama dan kedua, dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah surau dalam daerah ini, pada jam 3 petang, pada 5 Mac. Manakala, bagi pertuduhan ketiga, dia sekali lagi melakukan perkara serupa di sebuah pondok, juga dalam daerah ini, pada jam 5.30 petang, pada 20 April yang lalu.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, dengan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, bagi setiap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang baru sebulan memasuki kolej berkenaan didakwa mengenali mangsa melalui aplikasi media sosial. Mereka mula berhubung sebelum akhirnya memutuskan untuk keluar bersama.

Tertuduh mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa di dua lokasi berasingan.

Pada 26 April, ibu mangsa meminta penjelasan dari tertuduh kerana mangsa tidak pulang ke rumah sebelum itu. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar dan pemeriksaan mendapati kesan merogol.

Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan untuk setiap pertuduhan. Kesemua hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh ditangkap, semalam.

Baca Juga:
Ahli politik wanita kantoi ‘bersetubuh’ dengan anak angkat, suami cekup ketika atas katil
Jika perkara ini berlaku, berjuta rakyat Malaysia akan hilang kerja
Suspek simbah asid pada Faisal Halim berjaya dicekup, direman 2 hari