Pelajar kahwini guru selepas sabar menunggu selama 5 tahun

Photo of author

By Syima Iza

Pelajar kahwini guru selepas sabar menunggu selama 5 tahun. Sepasang pengantin di Pekanbaru, wilayah Riau menjadi perhatian ramai selepas kisah mereka yang merupakan bekas pelajar dan guru tular di media sosial, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan klip video di laman TikTok, pasangan tersebut dilihat melangsungkan hari perkahwinan mereka dengan memakai busana pengantin berwarna biru.

“Pelajar mengahwini guru yang cantik. Si pelajar jatuh cinta kepada gurunya sejak mula bertemu,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Pelajar kahwini guru selepas sabar menunggu selama 5 tahun

Hantaran itu turut memaparkan gambar lama guru wanita itu selain gambar majlis pernikahan pasangan yang mempunyai perbezaan usia lima tahun itu.

“Perbezaan umur lima tahun tidak memudarkan cinta si lelaki. Selepas menanti selama lima tahun, si lelaki melamar gurunya dengan perjuangan yang tidak mudah,” kata keterangan video itu.

@silviahellena42♬ Kupinang Kau Dengan Bismillah – Rossa

Wolipop kemudian menemu bual guru tersebut, Putri Dariani, 26, yang kemudian memberitahu bahawa dia merupakan guru ko-kurikulum tarian sejak 2016.

Putri yang berkahwin dengan suaminya, Aldi Saputra Prasetiawan, 21, pada 3 Mac lalu menyatakan bahawa dia mula mengenali lelaki tersebut sejak 2017.

“Komitmen dan kegigihan Aldi yang terus berusaha untuk melamar saya menjadi penyebab saya menerima dia.

“Perjuangan dia untuk memperisterikan saya daripada gajinya hanya 1.8 juta rupiah (RM527) hingga ke tahap ini bagaikan satu pencapaian,” jelasnya.

Ketika ini, Putri masih bergelar guru sekolah manakala Aldi merupakan seorang pengendali mesin forklift.

Baca Lagi:
Ustaz Azhar Idrus masuk hospital, minta orang ramai mendoakannya
Mahu telefon cepat dijual, wanita sanggup jual sekali dengan gambar seksi miliknya
Sajat trauma, dedah nyaris jadi mangsa rogol lelaki Arab di Australia