Pelajar IPTS maut jatuh tingkat 21 lepas ‘Check-in’ hotel dengan teman lelaki

Pelajar IPTS maut jatuh tingkat 21 lepas ‘Check-in’ hotel dengan teman lelaki

Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 di sebuah hotel di Tanjung Bungah, dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pelajar berusia 24 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian yang berlaku pada jam 3.35 petang itu.

Pelajar IPTS maut jatuh tingkat 21 lepas ‘Check-in’ hotel dengan teman lelaki

“Mangsa dikatakan baru mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama teman lelakinya yang berusia 24 tahun pada semalam.

“Dia bagaimanapun ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dengan berlumuran darah di tingkat bawah hotel berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Khamis.

Hamzah menambah, siasatan awal mendapati teman lelaki mangsa hanya menyedari kejadian tersebut selepas ternampak orang awam mengerumuni mangsa di bawah hotel berkenaan.

“Kita sedang menyiasat teman lelaki mangsa yang bekerja sendiri untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, kita klasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Baca Juga:
Seorang terbunuh, 30 penumpang cedera pesawat Singapore Airlines dilanda ‘turbulance’ teruk
Kenapa gadis melayu banyak suka lelaki Bangladesh? Ini sebabnya…
‘Ku Li: Memoir 205’ dedah Tun Mahathir mungkir janji lantik Ku Li sebagai TPM
CATEGORIES