Pelajar dirogol bomoh hingga hamil ketika proses buang santau

Pelajar dirogol bomoh hingga hamil ketika proses buang santau

Pelajar dirogol bomoh hingga hamil ketika proses buang santau.

Hasrat mendapatkan rawatan bagi membuang santau, menyebabkan seorang remaja melalui mimpi ngeri apabila mendakwa dirogol seorang bomoh hingga hamil dalam kejadian di rumahnya, lokasi terpencil di daerah ini, pada akhir lalu dan tahun ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun itu, berlaku pada November 2022 dan April lalu.

Pelajar dirogol bomoh hingga hamil ketika proses buang santau

Gambar hiasan

Beliau berkata, semua kejadian berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan dengan suspek berusia 50 tahun.

“Pelajar berkenaan memaklumkan dia dirogol ketika proses perubatan dilakukan. Pada 27 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima satu laporan kejadian itu.

“Mengikut keluarganya, mereka mahu mendapatkan rawatan kerana mangsa dan sekeluarga sering sakit dipercayai terkena santau.

“Mangsa mengetahui dirogol apabila mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September lalu, selain tidak didatangi haid,” katanya.

Katanya lagi, mangsa memberitahu kejadian itu pada ibunya dan membawa pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan mengandung.

“Polis menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca Lagi:
Boikot produk Israel punya pasal, pekerja kena buang notis 24 jam dari majikan
Sultan Johor dipilih Agong ke-17, Sultan Nazrin sebagai timbalan
“Lepas aku maki baru aku dapat beli satu bundle gula” – Wanita mengamuk di pasaraya selepas kena beli gula premium RM4.20
CATEGORIES