Selalunya sekiranya pelajar tingkatan 5 mendapat A dalam SPM, akan ada cikgu yang memberikan hadiah kepada anak murid tersebut.
Bagaimanapun, kisah cikgu ini terbalik pula — beliau menerima sebuah televisyen daripada anak muridnya sendiri.
Menerusi hantaran video TikTok @izzhuznie, beberapa orang pelajar datang ke rumah sambil mengusung sebuah TV pada waktu malam. “Kejutan! Itu dia, mereka tahu TV di rumah saya nyawa-nyawa ikan, sekali mereka betul-betul bawa sebuah TV baharu.
“Tahniah dapat A untuk Landskap & Nurseri! Terima kasih hadiahkan TV,” kata Cikgu Izz.
Menurutnya, TV itu sudah lama dan mempunyai masalah paparan LED, hanya boleh dengar suara sahaja pada ketika ini.
@izzhuznie Kejutannnn! Tuwdiaaaa depa tau tv umah sir nyawa nyawa ikan! Sekali nahhhhhhh bawak mai sungguh ! Tahniah untk A landksp&nurseri!! Tq for TV 📺 #tv#pov#fyp#hadiah#gawai#tiktokcikgu#happygawai#erasarawak#fypppp ♬ original sound – Izz huznie idraqie
Perkongsian video itu mendapat pujian netizen kerana anak-anak murid sedaya upaya menghargai guru mereka, seperti mana guru mereka bekerja keras untuk memastikan mereka semua dapat skor mata pelajaran tersebut.
Dalam pada itu, ada netizen bergurau dengan cikgu tersebut. Ramai menyatakan ‘tujuan sebenar’ mereka hadiahkan TV itu kerana mahu bermain permainan video dengan aman di rumah cikgu mereka.