Pelajar berani ajak cikgu kahwin, sekali ini respon cikgu buat ramai setuju

Photo of author

By Syima Iza

Pelajar berani ajak cikgu kahwin, sekali ini respon cikgu buat ramai setuju.

Seorang guru wanita di Indonesia berkongsi mesej seorang pelajarnya dalam aplikasi WhatsApp yang meluahkan rasa cinta dan mengajak dia berkahwin, lapor portal berita Wolipop semalam.

Guru dikenali sebagai Rindy Yanti itu menerima pesanan tersebut daripada seorang pelajar bernama Fatur.

Pelajar berani ajak cikgu kahwin, sekali ini respon cikgu buat ramai setuju

“Kehidupan saya sudah cukup meletihkan, ditambah lagi apabila menerima pesanan ringkas seperti ini daripada murid,” kata Rindy dalam keterangan hantarannya.

Dalam tangkap layar perbualan yang dikongsikan itu, si pelajar memberitahu bahawa dia merupakan pelajar Rindy ketika wanita itu mengajar di Sekolah Madrasah Aliyah.

Dia kemudian mula meluahkan isi hatinya kepada guru berkenaan.

“Adakah cikgu masih bujang?” soalnya.

Apabila ditanya mengapa dia mengutarakan pertanyaan tersebut, Fatur memberitahu bahawa dia menyukai Rindy dan ingin mengahwininya.

“Apabila tamat sekolah nanti, saya mahu berkahwin dengan cikgu, boleh? Saya pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berkahwin dengan cikgu,” katanya.

Rindy kemudian menasihati Fatur agar belajar bersungguh-sungguh dan menjadi kebanggaan ibu dan bapanya.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Fatur, anda belum tahu bagaimana kehidupan selepas tamat sekolah,” kata seorang netizen.

“Fatur, mungkin anda anak orang kaya tujuh keturunan kerana berani mengajak guru berkahwin selepas habis sekolah menengah,” kata netizen.

Baca Lagi:
Anak perempuan Bell Ngasri terpilih wakili negara dalam pertandingan pidato
Suami maafkan isteri selepas ditangkap basah bersama lelaki lain kerana masih cinta
Tak pernah terpikir kenapa keris direka bengkok, rupanya ini sejarah Malayu yang ramai tak pernah dengar