Pelajar 13 tahun tikam ustazah sampai mati kerana dendam

Photo of author

By Syima Iza

Seorang ustazah berusia 35 tahun di sebuah sekolah asrama meninggal dunia akibat dibunuh oleh pelajarnya sendiri, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Suspek merupakan seorang pelajar berumur 13 tahun. Dia disyaki menikam guru berkenaan di rumah mangsa di kawasan sekolah asrama.

Kejadian berlaku di Desa Bukit Tunggal, Palangkaraya di Kalimantan Tengah sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) pada Selasa lepas.

Pelajar 13 tahun tikam ustazah sampai mati kerana dendam

Ketua polis tempatan, Budi Santosa berkata, motif suspek adalah membalas dendam kerana pernah dihukum beberapa kali oleh mangsa.

Menurutnya, suspek didakwa melakukan beberapa kesalahan sehingga dikenakan hukuman berjemur di tengah panas.

“Sehari sebelum kejadian, suspek melakukan satu lagi kesalahan dan dihukum menyalin dua juzuk kitab suci al-Quran,” kata Budi.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada suspek mengalami sakit mental.

Baca Juga:
Wanita kutuk laksa Sarawak bau macam jamu ‘maajun’ dikecam orang ramai
Dilabel tidak cakna tentang All Eyes on Rafah di sesi live IG, ini jawapan Ning Baizura
Tukang cuci terkejut jumpa mayat bayi perempuan bawah kereta ketika sapu sampah