Pelajar 12 tahun mengaku ‘Ketagih’, pernah bersama lebih 10 lelaki

Photo of author

By Syima Iza

Pelajar 12 tahun mengaku ‘Ketagih’, pernah bersama lebih 10 lelaki.

Segalanya bermula Julai tahun lalu ketika Sumayyah (bukan nama sebenar) yang baru berusia 12 tahun berkenalan dengan seorang pelajar lelaki sekolah menengah terletak berdekatan dengan sekolahnya.

Anak bongsu tiga beradik itu mengakui terlanjur melakukan hubungan terlarang dengan kekasihnya itu sebelum ketagih dan mengulanginya.

Pelajar 12 tahun mengaku 'Ketagih', pernah bersama lebih 10 lelaki

Lebih parah apabila dia turut melakukan zina bersama lebih 10 lelaki berbeza termasuk ada antaranya sudah bekerja.

“Saya suka keluar malam, berkawan dengan ramai lelaki. Keluar lepak kemudian melakukan hubungan seks bebas.
“Saya sudah melakukannya dengan ramai kawan lelaki. Mereka bukanlah kekasih, semuanya hanyalah kawan biasa,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik tidak mengandung walaupun banyak kali melakukan hubungan kelamin.

“Saya memang tidak pernah ‘minum’ (arak)…sekadar ambil vape saja,” katanya yang hanya sempat belajar sehari di tingkatan satu.

Bagaimanapun, keseronokan Sumayyah tidak lama apabila abangnya mengetahui kegiatan dilakukan sebelum dia dihantar ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan kendalian Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mengesyorkan pusat pelindungan itu kepada ibu bapanya.

“Saya menyesal dengan apa yang pernah dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” katanya.

Sumayyah berkata, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan banyak mengubah hidupnya melalui pelbagai aktiviti bermanfaat mengikut jadual ditetapkan.

“Di sini saya jaga solat lima waktu, membaca Al-Quran hingga lancar dan saya menutup aurat dengan sempurna. Ini yang akan saya bawa apabila keluar nanti.

“Terima kasih Lembaga Zakat Selangor (LZS). Tanpa wang zakat disalurkan ke sini, pasti tempat ini tiada sumber kewangan untuk membantu kami menjalani pemulihan.

“Terima kasih juga kepada pihak Mais yang mendidik saya untuk jadi lebih baik selain menyedarkan saya. Kepada semua gadis di luar sana, jangan terpengaruh dengan kehidupan yang terlalu sosial. Berkawan boleh tetapi jangan berlebihan takut tersalah jalan macam saya,” katanya.

Hikmah diperangkap kakak

Tindakan Eliza (bukan nama sebenar), 18, terjerumus dengan semua bentuk maksiat dan gejala negatif.

Bukan hanya terbabit dengan seks bebas, malah dia turut menagih dadah, kerap ke kelab malam serta minum arak sejak berusia 16 tahun lagi.

Tindakannya tidak pulang ke rumah selama dua minggu menyebabkan kakaknya mengatur ‘perangkap’ supaya adiknya ditemui semula sebelum dihantar ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan pada Julai lalu.

Eliza berkata, rutin kehidupan gila dilalui menjadi punca dia berhenti sekolah sebelum sempat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

“Pada umur 16 tahun, saya mula berkawan dengan ramai lelaki kenali menerusi aplikasi dalam talian termasuk Omi.

“Rakan-rakan liar ini kerap mengajak saya berseronok di kelab malam, minum arak selain berkenalan dengan ramai lelaki lain.

“Pernah satu ketika saya lepak dengan ramai kawan lelaki di kelab malam. Mereka beri saya cuba mushroom vape. Saya kemudian hisap vape berkenaan dan pengsan,” katanya.

Menurutnya, dia hanya tersedar keesokan harinya dalam keadaan bogel di rumah teman lelakinya itu.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Sejak malam itu saya melakukan hubungan seks dengan kawan lelaki yang berbeza, minum juga ambil dadah,” katanya.

Bagaimanapun, tindakannya menghilangkan diri selama dua minggu berakhir apabila dia diperangkap kakaknya di sebuah pusat karaoke di ibu kota.

“Saya dibawa pulang ke rumah sebelum dinasihati ibu bapa untuk berubah. Mujur saya dihantar ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang banyak merubah hidup saya.

“Saya seronok di sini, solat lima waktu saya terjaga, saya belajar tajwid, banyak menghafal al-Quran dan memahami maksudnya.

“Nasihat untuk gadis di luar sana, jangan mudah terperdaya dengan orang baru dikenali. Fikir dulu sebelum buat sesuatu dan ambillah kisah saya sebagai pengajaran,” katanya.

Baca Lagi:
Tiga lelaki didakwa sebar agama Kristian secara terbuka depan pasar raya diburu polis
‘Naik lif pakai niat?’ – Penghantar makanan pening naik lif tiada butang nombor
“Tolonglah pakai baju”- Lelaki dedah gambar sebenar yang diambil ketika buat ‘Face Verification’ di aplikasi