Pelabur hartanah beri penjelasan kenapa rumah usang di Taman Melawati bernilai RM2.5 juta

Photo of author

By Syima Iza

Pelabur hartanah beri penjelasan kenapa rumah usang di Taman Melawati bernilai RM2.5 juta.

Peningkatan kawasan penempatan baharu menyebabkan banyak kawasan perumahan lama ditinggalkan sehingga terbiar kosong untuk tempoh yang lama.

Kebiasaannya, harga rumah lama akan menurun, namun situasi berbeza berlaku kepada sebuah rumah usang di Taman Melawati yang bernilai jutaan ringgit.

Pelabur hartanah beri penjelasan kenapa rumah usang di Taman Melawati bernilai RM2.5 juta

Menerusi hantaran di Facebook oleh Ishaq Marazi, seorang pelabur hartanah, nilai rumah usang tersebut dianggarkan mencecah RM2.5 juta kerana keluasan tanahnya yang sangat besar.

Dalam gambar yang dikongsikan, rumah tersebut kelihatan dipenuhi semak-samun, dipercayai telah lama ditinggalkan.

Menurut Ishaq, walaupun rumah itu kelihatan kecil, ia sebenarnya sebuah rumah berkembar dua setengah tingkat berkeluasan 4,458 kaki persegi, yang terletak di atas tanah seluas 13,326 kaki persegi.

Beliau turut menyertakan pelan tanah dan rumah berkenaan, yang menjelaskan mengapa nilai hartanah itu boleh mencapai jutaan ringgit walaupun keadaannya usang.

Pelabur hartanah beri penjelasan kenapa rumah usang di Taman Melawati bernilai RM2.5 juta

Hasil carian di Google Maps juga menunjukkan keluasan tanah rumah itu yang sangat besar, malah terdapat banyak lagi tumbuhan hijau di kawasan belakangnya.

Difahamkan, rumah berstatus pegangan bebas (freehold) ini bakal dilelong dengan harga permulaan RM1.29 juta pada 6 Januari 2025.

Warganet berpendapat, harga rumah usang itu mahal bukan kerana struktur rumahnya, tetapi disebabkan nilai tanah yang luas di kawasan tersebut.

Baca Juga:
Pekerja 7-Eleven sambut harijadi gadis depan kaunter selepas dapat tahu perkara yang menyentuh hati…
Lelaki maut ‘disembelih’ hampir putus kepala kerana kenyit mata pada isteri jiran
Rafizi dedah senarai 4 barangan segar yang naik harga lebih 10%