Pekerja syarikat penerbangan maut ‘disedut’ enjin pesawat

Photo of author

By Syima Iza

Pekerja syarikat penerbangan maut ‘disedut’ enjin pesawat.

Seorang pekerja syarikat penerbangan maut selepas ‘disedut’ enjin pesawat dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa San Antonio di Texas.

Kejadian berlaku ketika sebuah pesawat dari Los Angeles baru sahaja mendarat pada kira-kira 10.30 malam Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).

Menurut NTSB, pesawat itu milik Delta Air Lines dan pihaknya sedang berhubung dengan syarikat penerbangan berkenaan untuk menjalankan siasatan mengenai insiden itu.

Pekerja syarikat penerbangan maut ‘disedut’ enjin pesawat

Pekerja itu merupakan kakitangan Unifi yang mempunyai kontrak dengan Delta.

“Kami sedih dan berduka cita dengan kehilangan nyawa ahli keluarga petugas di San Antonio. Simpati dan doa kami buat keluarga, saudara dan rakan mangsa pada masa sukar ini,” memetik emel Delta.

Sementara itu, Unifi Aviation dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa insiden itu tidak berkaitan dengan proses operasi, prosedur keselamatan dan polisi Unifi.

“Doa kami buat waris mangsa dan kami akan terus memberikan sokongan kepada pekerja kami di lapangan dan memastikan mereka dalam keadaan yang baik pada masa ini,” menurut syarikat itu.

Pihak lapangan terbang akan memberikan apa jua maklumat yang diperlukan sebaik memperoleh maklumat lanjut berhubung insiden itu.

“Kami amat sedih dengan kejadian itu dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan,” menurut e-mel lapangan terbang.

Baca Lagi:
Jika ada 4 tanda ini bermakna anai-anai sudah menjajah rumah anda, lakukan langkah ini segera sebelum terlambat!
Kisah lelaki terperangkap di tengah-tengah lautan Pasifik selama 438 hari, macam mana dia boleh survive begitu lama?
Pelik tapi benar! 5 undang-undang ini yang rakyat Malaysia harus peka