Pekerja kedai serbaneka warga asing dicekup orang ramai kerana intai rakan sekerja

Pekerja kedai serbaneka warga asing dicekup orang ramai kerana intai rakan sekerja

Seorang lelaki warga asing disyaki melakukan gangguan seksual terhadap rakan sekerjanya di sebuah kedai serbaneka di Taman Meru Indah, Meru, Klang, Selangor telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S. Vijaya Rao, berkata suspek berusia 35 tahun telah dituduh di bawah Seksyen 509/511 Kanun Keseksaan pada 18 April lalu.

Kata beliau, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 18 tahun yang juga pembantu kedai serbaneka itu pada jam 4.39 petang, 2 April lalu.

Pekerja kedai serbaneka warga asing dicekup orang ramai kerana intai rakan sekerja

“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa suspek telah mengintai wanita itu di tempat kejadian sewaktu bekerja.

“Susulan itu, suspek berjaya ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis pada hari sama laporan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Vijaya Rao, pihaknya juga telah merampas sebuah telefon bimbit milik suspek untuk membantu siasatan.

Berikutan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

@malaysiagazette Pekerja kedai serbaneka warga asing ditahan mengintai rakan sekerja Seorang lelaki warga asing disyaki melakukan gangguan seksual terhadap rakan sekerjanya di sebuah kedai serbaneka di Taman Meru Indah, Meru, Klang, Selangor telah ditahan polis. Video: Sosial Media #malaysiagazette #pdrm #wargaasing #tamanmeruindah ♬ original sound – malaysiagazette

Baca Juga:
Termakan dakyah pempengaruh boleh kaya tanpa sijil SPM antara faktor 10,000 calon tidak hadir peperiksaan
Ibu, anak perempuan tercampak di tengah jalan raya dihempap dahan pokok reput
Pemuda kongsi pengalaman ‘berumah’ di dalam kereta Proton Iriz miliknya
CATEGORIES