Pekerja binaan mengamuk kejar penunggang motosikal lalu di bancuhan jalan yang belum kering

Photo of author

By Syima Iza

Pekerja binaan mengamuk kejar penunggang motosikal lalu di bancuhan jalan yang belum kering.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan beberapa pekerja pembinaan mengejar seorang penunggang motosikal kerana melalui jalan yang masih belum kering, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik ke dalam akaun Instagram @terang_media.

Pekerja binaan mengamuk kejar penunggang motosikal lalu di bancuhan jalan yang belum kering

Seorang lelaki berbaju biru dan memakai pelitup muka dilihat menunggang motosikal melalui jalan yang masih dalam pembinaan.

Dia kelihatan cuba mengundurkan motosikalnya apabila ia tersangkut dalam bancuhan jalan yang masih belum kering.

Jalan itu dipenuhi kesan tayar dan kasut setelah dilalui lelaki terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TERANG MEDIA (@terang_media)

Beberapa saat kemudian, beberapa pekerja pembinaan mengamuk dan mengejar lelaki tersebut sambil menjerit ke arahnya.

Salah seorang daripada mereka kelihatan membawa kayu dan penyodok untuk meratakan semula bancuhan jalan yang tidak rata.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya hairan dengan mereka yang tetap mahu melalui jalan seperti itu. Adakah mereka tidak nampak dan tidak dapat rasa yang jalan dilalui itu masih lembut,” komen seorang netizen.

Baca Lagi:
Ustaz Dr Mohd Soberi Awang meninggal dunia ketika beri kuliah subuh
Selepas kena cekup dengan polis, lelaki dedah kenapa baling batu sampai pecah cermin pejabat Agung Pas
Syahir sahut cabaran Rafizi, Astro AWANI anjur Debat Ekonomi Malaysia 9 Ogos