Pekerja 7-Eleven sambut harijadi gadis depan kaunter selepas dapat tahu perkara yang menyentuh hati…

Photo of author

By Syima Iza

Pekerja 7-Eleven sambut harijadi gadis depan kaunter selepas dapat tahu perkara yang menyentuh hati…

Apabila tiba sahaja ulang tahun, sudah tentu anda berharap dapat menyambut hari itu bersama orang yang tersayang. Namun tidak semua berpeluang mendapatkan momen sebegitu.

Kadangkala, anda sendiri akan bersyukur jika orang sekeliling yang tidak begitu rapat menyambut hari istimewa anda itu. Seperti sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan sebuah keluarga sedang meraikan sambutan hari jadi seorang pekerja di sebuah kedai mamak.

Pekerja 7-Eleven sambut harijadi gadis depan kaunter selepas dapat tahu perkara yang menyentuh hati...

Kata salah seorang ahli keluarga, pekerja mamak itu merupakan pelayan yang sering mengambil pesanan setiap kali menjamu selera di kedai tersebut dan sudah menjadi staf kegemaran mereka.Gadis Beli Muffin Untuk Sambut Ulang Tahun Berseorangan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ellisyayusoff_) apabila seorang juruwang (cashier) kedai serbaneka 7-Eleven dikenali sebagai Ellisya berkongsi satu kisah menyentuh hati melibatkan salah seorang pelanggannya.

Menurut Ellisya, seorang gadis telah datang ke kedai itu untuk membeli sebiji kek muffin sambil membawa sebatang lilin. Jelas gadis tersebut, dia berniat untuk menyambut ulang tahun kelahirannya iaitu pada hari tersebut.

Lebih memilukan adalah pelanggan berkenaan berkata dia tiada kawan lain untuk meraikan hari istimewa itu bersamanya.

“Hari ni aku ade cerita sedih, ade satu budak ni datang beli muffin. Lepas tu dia nak beli lilin, aku tanya untuk apa, dia cakap hari ini hari jadi saya,” ujar pekerja itu.

Ellisya Nyanyikan Lagu Hari Jadi Untuk Si Gadis
Tidak sampai hati melihat adik itu menyambut hari jadinya berseorangan, Ellisya lantas meraikan gadis tersebut dengan menyanyikan lagu.

“Aku tak jual la lilin tu dekat dia tapi aku bakarkan. Lepas tu aku nyanyikan lagu untuk dia dan aku tanya lagi mana kawan-kawan? Dia cakap saya tak ada kawan. Saya nak bakar dan nyanyi sendiri, sumpah sedih😭,” jelas Ellisya di ruangan kapsyen.

@ellisyayusoff_ Hari ni aku ade cite sedih , ade satu budak cina ni dtg beli muffin 🧁 lepas tu dia nak beli light, aku tanya untuk ape , dia ckp hari ini hari jadi sya , tapi aku tak jual la light tu kat dia tapi aku bakarkan untuk dia , lepas tu aku nyanyi kan lagu untuk dia , lepas tu aku tanya lagi kat dia mane kawan² dia ckp sye tak ade kawan 🥹 sye nak bakar dan nyanyi sendiri 😫 sumpah sedih 😭 #foryou #sai #xybca ♬ Happy Birthday To You – Baby Danny

Kalau lihat sendiri klip tersebut, anda boleh lihat gadis berkenaan mengukirkan senyuman seolah-olah terharu ada individu lain mahu menyambut hari jadinya.

Di akhir perkongsian, ‘birthday girl’ itu turut meniup api daripada lilin yang dinyalakan oleh Ellisya.

Ramai Sebak Lihat Gadis Datang Beli Muffin Untuk Sambut Birthday Sendiri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak melihat pelanggan yang pada awalnya ingin menyambut hari jadinya secara berseorangan.

“Kasihan, memang faham sangat perasaan dia ni. Aku pun birthday beli kek sendiri. Sebab teringin kena sambut ada kek. Bawa keluarga je makan. Kawan sendiri memang tak ramai,” ujar seorang wanita.

Malah ada yang berkata tindakan Ellisya itu sedikit sebanyak akan memberikan kenangan indah buat gadis terbabit.

“Percayalah, momen ni lah dia akan ingat bila tiba birthday dia. Walaupun nampak kecil, tapi tersemat dekat hati dia,” kata seorang wanita.

Sementara itu, orang ramai juga tidak terlepas mengucapkan ulang tahun kelahiran buatnya selain mendoakan perkara baik buat gadis berkenaan.

“Bagi tahu dia, ada ramai kakak dan abang dalam TikTok ni. Ramai wish dia. Semoga Mei Mei mendapat hari ulang tahun yang terbaik. Semoga Tuhan rahmati hidup awak dan yang baik-baik sahaja berlaku ke hadapan (masa depan). Belajar pandai-pandai, banggakan orang sekeliling,” jelas seorang individu.

Baca Juga:
Pelajar vokasional mengamuk tikam 8 rakan hingga maut dan 17 cedera selepas gagal dalam peperiksaan
Ini sebab kenapa Tun Daim namakan ‘Menara Ilham’ yang ramai tak tahu
Biawak besar masuk klinik, gelagat doktor jadi perhatian ramai